awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Guna air secara berhemah susulan musim kemarau, pengairan padi - PBAPP
Mahkota Permaisuri Eugenie remuk namun hampir utuh selepas rompakan di Louvre
Bomba Negeri Sembilan terima 219 panggilan kes pembakaran terbuka sepanjang Januari 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengurus kapal akan dilantik untuk urus Equanimity - Peguam 1MDB

Bernama
Bernama
08/08/2018
14:04 MYT
Pengurus kapal akan dilantik untuk urus Equanimity - Peguam 1MDB
Pelantikan pengurus kapal akan dilakukan melalui proses mahkamah apabila "sheriff of the Admiralty court" akan membuat keputusan muktamad mengenai perkara itu.
Peguam Jeremy Joseph yang mewakili 1MDB berkata pengurus kapal yang berkelayakan dan kompeten akan dilantik dalam masa terdekat untuk menguruskan kapal pesiaran mewah Equanimity sepanjang tempoh penyitaan di Pelabuhan Klang.
Beliau berkata seorang pengurus keselamatan diperlukan untuk menjaga keperluan Kapten dan 17 kru kapal itu, yang tiba di sini semalam.
"Yang penting sekarang ialah memastikan kita melantik seorang pengurus kapal yang berkelayakan dan kompeten (syarikat) untuk menguruskan kapal tersebut semasa tempoh penyitaan.
"Kita juga mahu aspek keselamatan kapal tersebut diperketatkan semasa ia berlabuh di terminal Boustead Cruise Centre," kata beliau kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat selama dua jam dengan wakil dari pasukan polis dan tentera laut Malaysia di terminal Boustead Cruise Centre di sini pada Rabu.
Equanimity, dilaporkan bernilai RM1 bilion, tiba di sini semalam dan dipercayai sebahagian daripada aset yang dibeli menggunakan dana dari 1MDB.
Ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low, yang dikatakan adalah pemilik kapal mewah itu, sedang diburu oleh pihak berkuasa untuk membantu siasatan terhadap 1MDB.
Joseph berkata pelantikan pengurus kapal akan dilakukan melalui proses mahkamah apabila "sheriff of the Admiralty court" akan membuat keputusan muktamad mengenai perkara itu.
Beliau juga berkata Equanimity akan dijual melalui proses mahkamah yang dikenali sebagai jualan kehakiman kepada pembida yang menawarkan harga tertinggi.
"Kita tidak mahu menyimpan kapal tersebut terlalu lama kerana semakin lama anda menyimpannya, lebih banyak nilai yang akan menyusut," kata beliau.
Joseph adalah sebahagian daripada pasukan terdiri daripada enam orang peguam diketuai oleh Sitpal Selvaratnam, yang dilantik oleh Jabatan Peguam Negara, untuk memulakan saman Admiralty In Rem, sebaik sahaja Equanimity berlabuh di terminal itu semalam.
(Tindakan dalam saman Admiralty In Rem adalah tindakan secara langsung terhadap harta selaku defendan.)
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#17 kru
#1MDB
#Equanimity
#Jeremu Jospeh
#kapten
#kompeten
#peguam
#Pelabuhan Klang
#penyitaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan