awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
Rakyat Malaysia hadapi kesukaran berpindah dinasihat hubungi kedutaan di Phnom Penh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengurus ladang rugi RM1.9 juta terperdaya pelaburan kripto tidak wujud

Bernama
Bernama
21/03/2025
08:30 MYT
Pengurus ladang rugi RM1.9 juta terperdaya pelaburan kripto tidak wujud
Seorang pengurus ladang kelapa sawit kerugian RM1.9 juta selepas terperdaya dengan pelaburan mata wang kripto tidak wujud. -Gambar hiasan/Pixabay
JOHOR BAHRU: Seorang pengurus ladang kelapa sawit kerugian RM1.9 juta selepas terperdaya dengan pelaburan mata wang kripto tidak wujud.

Ringkasan AI
  • Seorang pengurus ladang kelapa sawit kerugian RM1.9 juta selepas terperdaya dengan pelaburan mata wang kripto tidak wujud.
  • Mangsa ditawarkan pelaburan melalui WhatsApp dan diarahkan memuat turun aplikasi pelaburan sebelum membuat pembayaran ke beberapa akaun bank.
  • Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan selepas mangsa menyedari dia telah ditipu dan membuat laporan polis.

Ketua Polis Johor Datuk M Kumar berkata lelaki berusia 69 tahun itu mendakwa telah ditawarkan pelaburan berkenaan oleh individu tidak dikenali melalui aplikasi WhatsApp dan dia diarahkan memuat turun aplikasi pelaburan sebelum memulakan perdagangan mata wang kripto.
Beliau berkata warga emas itu yang berminat dengan tawaran keuntungan 20 hingga 40 peratus daripada jumlah yang dilaburkan telah menurut arahan suspek dan kemudiannya dimasukkan ke dalam satu kumpulan WhatsApp untuk arahan selanjutnya.
"Mangsa telah membuat pembayaran berjumlah RM1.9 juta ke beberapa akaun bank yang diarahkan antara Disember 2024 hingga Februari lepas. Selepas bayaran dibuat, dia melihat status pelaburannya di aplikasi tersebut mencatatkan keuntungan sebanyak USD22.2 juta.
"Mangsa mahu mengeluarkan wang itu tetapi masih diminta membuat pembayaran. Mangsa percaya telah ditipu lalu membuat laporan polis semalam," katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pengurus ladang
#kelapa sawit
#terperdaya dengan pelaburan
#pelaburan mata wang kripto tidak wujud
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan