awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketika 'sorakan semakin pudar' MMM Hall of Fame 2025 angkat legasi wira sukan negara
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengurus syarikat kawalan keselamatan didakwa palsu dokumen tuntutan 'overtime'

Bernama
Bernama
19/11/2024
05:00 MYT
Pengurus syarikat kawalan keselamatan didakwa palsu dokumen tuntutan 'overtime'
Hakim Elesabet Paya Wan menetapkan jaminan RM8,000 dengan syarat tambahan iaitu melapor diri sebulan sekali di pejabat SPRM dan menyerahkan dokumen perjalanan kepada mahkamah. - Gambar hiasan
MELAKA: Seorang pengurus syarikat kawalan keselamatan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini hari ini atas lima pertuduhan mengemukakan butir matan palsu bagi tuntutan jam bekerja pengawal keselamatan, lima tahun lepas.
Zainal Abidin Za'abah, 55, didakwa secara tidak jujur menggunakan sebagai tulen satu dokumen iaitu Laporan Pengesahan Pelaksanaan Kunci Jam Watchman Clock Perkhidmatan Kawalan Keselamatan di sekolah/institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan bagi Zon Alor Gajah untuk bulan April hingga Ogos 2019.
Kesalahan itu dilakukan di Pejabat Pendidikan Daerah Alor Gajah, Jalan Kolam Air bagi tempoh dua minggu untuk setiap tarikh 1 hingga 15 setiap bulan antara Mei hingga September 2019.
Tertuduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum bawah Seksyen 465 akta sama yang memperuntukkan penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Fatin Nur Athirah Zainudin mencadangkan jaminan RM10,000 bagi semua pertuduhan manakala peguam Mohd Shahrullah Khan Nawab Zadah Khan yang mewakili tertuduh, memohon jaminan RM5,000 memandangkan anak guamnya memberikan kerjasama sepanjang siasatan dan tidak berisiko melarikan diri.
Hakim Elesabet Paya Wan menetapkan jaminan RM8,000 dengan syarat tambahan iaitu melapor diri sebulan sekali di pejabat SPRM dan menyerahkan dokumen perjalanan kepada mahkamah.
Mahkamah menetapkan 3 Jan depan sebagai tarikh sebutan semula.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pengurus syarikat
#tuntutan palsu
#tuntutan overtime
#kes mahkamah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan