awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
SHMMP: KPDN Perak tempatkan 195 penguat kuasa, 75 pegawai pemantau harga
Neelofa rasmi pemegang saham majoriti syarikat teknologi gaya hidup TheNoor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengurus syarikat minta rasuah RM500,000 direman

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
05/01/2022
04:55 MYT
Pengurus syarikat minta rasuah RM500,000 direman
Suspek yang bertugas sebagai pengurus di sebuah syarikat cari gali telah meminta dan menerima rasuah daripada pengusaha-pengusaha stesen minyak sekitar Kuala Lumpur.
KUALA LUMPUR: Seorang pengurus syarikat direman empat hari bagi membantu siasatan kerana disyaki meminta dan menerima wang rasuah melebihi RM500,000.
Tempoh reman yang bermula hari ini sehingga 8 Januari depan itu dibenarkan oleh Majistret Amanina Mohamad Anuar selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat permohonan berkenaan di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, hari ini.
Menurut sumber, suspek berusia 43 tahun tersebut ditahan kira-kira pukul 4 petang semalam di Pejabat SPRM Kuala Lumpur ketika hadir memberi keterangan.
Difahamkan, suspek yang bertugas sebagai pengurus di sebuah syarikat cari gali telah meminta dan menerima rasuah daripada pengusaha-pengusaha stesen minyak sekitar Kuala Lumpur.
Ia sebagai dorongan bagi mengelakkan penilaian prestasi stesen-stesen minyak pemilik berkenaan terjejas.
Sementara itu, Pengarah SPRM Kuala Lumpur, Razaliah Ab. Rahman mengesahkan penahanan tersebut dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.
Topic Berkaitan
#pengurus syarikat
#minta rasuah
#direman
#syarikat cari gali
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan