awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengurus syarikat rugi lebih RM2 juta terperdaya pelaburan tidak wujud

Bernama
Bernama
16/04/2025
12:55 MYT
Pengurus syarikat rugi lebih RM2 juta terperdaya pelaburan tidak wujud
Seorang pengurus syarikat swasta mengalami kerugian RM2,652,000 selepas terperdaya dengan skim pelaburan tidak wujud menerusi laman sosial Facebook. - Foto hiasan
SHAH ALAM: Seorang pengurus syarikat swasta mengalami kerugian RM2,652,000 selepas terperdaya dengan skim pelaburan tidak wujud menerusi laman sosial Facebook.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata mangsa warga tempatan berusia 54 tahun diperdaya oleh suspek menerusi iklan di Facebook sebelum menekan pautan iklan yang seterusnya disambungkan ke aplikasi WhatsApp.
"Mangsa kemudiannya berhubung dengan suspek yang memperkenalkan diri sebagai tenaga pengajar untuk pelaburan itu dan telah diberikan penerangan berkaitan pelaburan berkenaan.
"Mangsa kemudiannya dimasukkan ke dalam kumpulan WhatsApp dan mengikuti pelaburan itu dalam tempoh dua bulan," katanya menerusi kenyataan.
Hussein berkata mangsa mendapat pulangan RM100,000 pada awalnya yakin dengan pelaburan itu.
"Susulan itu, mangsa membuat 44 transaksi pembayaran dengan jumlah keseluruhan RM2,652,000 ke sembilan akaun bank berbeza sebelum mendapati dia memperoleh keuntungan hampir RM8 juta seperti yang ditunjuk di platform pelaburan itu," katanya.
Hussein berkata mangsa ingin membuat pengeluaran wang keuntungan itu, namun dia perlu membayar pelbagai cukai yang kemudiannya membuat laporan polis di Shah Alam selepas berasakan telah ditipu.
Dalam kes berasingan di Sepang, Hussein berkata seorang lelaki warga Jerman mengalami kerugian lebih RM3 juta selepas menjadi mangsa sindiket penipuan dalam talian yang menyamar sebagai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Bank Negara Malaysia (BNM).
Hussein berkata modus operandi yang digunakan suspek adalah melalui e-mel dengan meminta mangsa berusia 69 tahun itu membuat akaun UBS Bank di Malaysia dan wang akan dimasukkan ke dalam akaun berkenaan.
"Untuk mendapatkan wang itu, mangsa diminta membuat pembayaran cukai kepada pihak LHDN dan BNM sebelum bertindak memindahkan wang RM3,089,800 melalui 25 transaksi bermula 11 Feb 2025. Mangsa yang berasa ditipu membuat laporan polis pada 14 April lepas," katanya.
Beliau berkata susulan itu polis membuka dua kertas siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pengurus syarikat
#rugi
#skim pelaburan tidak wujud
#Facebook
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan