NATIONAL
Pengurus syarikat rugi RM703,000 terperdaya pelaburan tidak wujud

Mangsa membuat tujuh kali transaksi ke empat akaun bank berbeza dan tidak dibenarkan membuat pengeluaran. -Gambar hiasan
KUANTAN: Seorang pengurus syarikat kerugian RM703,000 akibat terperdaya dengan pelaburan tidak wujud melalui aplikasi WhatsApp yang menjanjikan keuntungan lumayan.
Ringkasan AI
- Seorang pengurus syarikat kerugian RM703,000 akibat pelaburan tidak wujud melalui aplikasi WhatsApp.
- Mangsa membuat tujuh kali transaksi ke empat akaun bank berbeza dan tidak dibenarkan membuat pengeluaran.
- Mangsa menyedari ditipu setelah diminta menambahkan modal pelaburan dan menggunakan duit simpanan, duit suami serta pinjaman daripada majikan.
"Mangsa akhirnya menyedari ditipu setelah diminta untuk menambahkan lagi modal pelaburan dan sumber kerugian itu menggunakan duit simpanannya, duit suami serta pinjaman daripada majikannya," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sehubungan itu, Yahaya menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah terperdaya dengan tawaran pelaburan atas talian yang menjanjikan keuntungan tinggi.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami