awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penganggur ditahan miliki heroin, syabu bernilai lebih RM1,300
Trump mahu Greenland: Eropah beri amaran keras
Nicole Kidman, Keith Urban sah bercerai selepas 19 tahun bersama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengurus tokong didakwa terima deposit pelaburan lebih RM70,000 tanpa lesen

Bernama
Bernama
11/10/2024
07:15 MYT
Pengurus tokong didakwa terima deposit pelaburan lebih RM70,000 tanpa lesen
Sum Lai Yoong, 53, dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini. - Gambar/ Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Seorang pengurus tokong mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menerima wang deposit lebih RM70,000 daripada seorang wanita bagi tujuan pelaburan tanpa lesen sah, antara Januari hingga Mac lepas.
Sum Lai Yoong, 53, didakwa menerima wang RM70,589.79 daripada seorang wanita berusia 44 tahun yang merupakan pemilik syarikat sabun tangan, tanpa lesen sah yang diberikan di bawah Seksyen 10 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah pusat beli-belah di Taman Mutiara Barat, Cheras di sini antara 12 Jan dan 6 Mac lepas.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 137 (1) Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda tidak melebihi RM50 juta atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya R. Harvind mencadangkan jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin namun, peguam Luqman Zainal yang mewakili tertuduh merayu agar jaminan itu dikurangkan atas alasan anak guamnya menyara ibu yang sakit.
Hakim Azrul Darus membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 13 Nov ini untuk sebutan kes.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#penjaga tokong
#pelaburan tidak sah
#kes mahkamah
#terima deposit tanpa kebenaran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan