awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anwar hargai layanan ikhlas Erdogan sempena lawatan rasmi ke Turkiye
Suruhanjaya Eropah berikan 40,000 tiket kereta api percuma kepada belia
Setitis sumbangan, sejuta harapan: Rumah kebajikan di Rawang bakal dijual, kanak-kanak rayu bantuan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Trump mahu Greenland: Eropah beri amaran keras

Agensi
Agensi
07/01/2026
00:45 MYT
Trump mahu Greenland: Eropah beri amaran keras
Pentadbiran Donald Trump sedang meneliti “pelbagai opsyen” untuk memperoleh Greenland, termasuk penggunaan tentera, menurut kenyataan White House. - Gambar AP
WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) sedang meneliti “pelbagai opsyen” untuk memperoleh Greenland, termasuk penggunaan tentera, menurut kenyataan White House kepada BBC.
White House menyifatkan penguasaan Greenland sebagai “keutamaan keselamatan negara”, selepas Presiden Donald Trump berulang kali menegaskan AS “memerlukan” wilayah itu – yang merupakan kawasan separa autonomi di bawah Denmark, anggota NATO.
Kenyataan itu dikeluarkan beberapa jam selepas pemimpin Eropah menyatakan sokongan kepada Denmark, susulan amaran Perdana Menteri, Mette Frederiksen bahawa sebarang serangan AS akan menamatkan NATO.
“Presiden dan pasukannya sedang membincangkan pelbagai opsyen untuk mencapai matlamat dasar luar ini, dan sudah tentu, penggunaan tentera AS sentiasa menjadi pilihan di bawah kuasa Commander-in-Chief,” kata White House.
Eropah bersatu sokong Denmark
Enam sekutu Eropah – UK, Perancis, Jerman, Itali, Poland dan Sepanyol - menyertai Denmark dalam kenyataan bersama: “Greenland milik rakyatnya, dan hanya Denmark serta Greenland boleh memutuskan hal berkaitan hubungan mereka.”
Mereka menekankan keselamatan Artik mesti dicapai secara kolektif oleh sekutu NATO, sambil menggesa pematuhan prinsip Piagam PBB termasuk kedaulatan, integriti wilayah dan sempadan.
Perdana Menteri Greenland, Jens-Frederik Nielsen, menyambut baik kenyataan itu dan menekankan dialog mesti berlangsung dengan “menghormati status Greenland yang berakar pada undang-undang antarabangsa”.
Isu Greenland timbul selepas serangan AS ke Venezuela
Kontroversi ini tercetus selepas operasi ketenteraan AS di Caracas yang menahan Presiden Venezuela, Nicolás Maduro.
Sehari selepas serbuan itu, Katie Miller, isteri pembantu kanan Trump memuat naik imej peta Greenland berwarna bendera AS dengan kapsyen “SOON.”
Stephen Miller kemudian mengesahkan ia adalah “pendirian rasmi kerajaan AS bahawa Greenland patut menjadi sebahagian daripada AS”, sambil menegaskan “tiada siapa akan melawan tentera AS berhubung masa depan Greenland.”
Setiausaha Negara AS, Marco Rubio, memberitahu Kongres bahawa pentadbiran Trump tidak merancang untuk menyerang Greenland, tetapi mahu membeli pulau itu daripada Denmark.
Opsyen lain termasuk perjanjian “Compact of Free Association” dengan wilayah berkenaan.
Ketegangan geopolitik dan kebimbangan penduduk Greenland
Greenland, yang mempunyai 57,000 penduduk, menikmati autonomi luas sejak 1979, namun dasar luar dan pertahanan kekal di tangan Denmark.
Walaupun ramai penduduk menyokong kemerdekaan daripada Denmark, tinjauan menunjukkan penolakan besar terhadap idea menjadi sebahagian AS.
Morgan Angaju, 27, penduduk Inuit di Ilulissat, berkata kepada BBC: “Menakutkan mendengar pemimpin dunia bercakap tentang kami seolah-olah kami sesuatu untuk dituntut. Kami sudah dimiliki oleh rakyat Greenland. Nama kami, Kalaallit Nunaat, bermaksud tanah rakyat Greenland.”
Topic Berkaitan
#Greenland
#Donald Trump
#Eropah beri amaran
#White House
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan