JOHOR BAHRU: Seorang pengurus wanita kerugian lebih setengah juta ringgit selepas dipercayai menjadi mangsa scammer yang menyamar sebagai adiknya.
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP Rahmat Ariffin berkata wanita berusia 31 tahun yang merupakan pengurus sebuah syarikat itu, membuat laporan polis pada 4.20 petang, di sini semalam.
Beliau berkata scammer tersebut yang menyamar sebagai adik lelaki mangsa berusia 29 tahun, telah menghantar mesej menerusi Whatsapp dan mengarahkannya untuk membuat pemindahan wang berjumlah RM570,174 bagi tujuan urusan perniagaan.
"Nombor telefon tersebut tidak sama dengan nombor telefon sebenar adiknya. Bagaimanapun, dengan tanpa ada rasa ragu, mangsa membuat pindahan wang tersebut ke akaun yang diberikan oleh scammer itu," katanya pada satu kenyataan, hari ini.
Beliau berkata adik mangsa turut menafikan telah meminta wang berkenaan daripada mangsa.
Rahmat berkata susulan itu, Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah Iskandar Puteri telah membuka kertas siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Orang ramai katanya, turut dinasihatkan agar tidak mudah mempercayai sebarang mesej atau panggilan telefon daripada nombor yang tidak dikenali serta membuat semakan kepada pihak berkuasa terlebih dahulu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 20 2024
Seorang pengurus wanita kerugian lebih setengah juta ringgit selepas dipercayai menjadi mangsa scammer yang menyamar sebagai adiknya. - Gambar hiasan
Anwar mulakan lawatan rasmi ke Kazakhstan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan lawatan rasmi dua hari ke Kazakhstan dengan mengunjungi Masjid Besar Astana yang terletak di sepanjang Laluan Sutera di Astana.
Pelancong Jerman lemas di Pulau Perhentian
Insiden berlaku ketika Dr Loosen- Freiling Iris, 74, mandi bersama suaminya di pulau peranginan itu pada kira-kira 3.30 petang Khamis.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 16 Mei 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mahkamah Persekutuan ganti hukuman mati pendandan rambut lelaki dengan penjara 40 tahun
Dalam penghakimannya, Tengku Maimun berkata hukuman mati Teh diketepikan dan diganti dengan hukuman penjara yang bermula dari tarikh dia ditangkap iaitu pada 15 Sept 2008.
Kerajaan negeri cadang skim khas untuk kakitangan awam kesihatan Johor Selatan
Kerajaan Johor mencadangkan kewujudan skim khas atau insentif khas kepada kakitangan awam kesihatan yang bertugas di Johor Selatan bagi mengisi kekosongan penjawatan sektor berkenaan.
Tumpuan Jumaat – 16 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seorang lelaki selamat, seorang lagi hilang dalam tragedi memancing di Tasik Pedu
Mangsa dipercayai melakukan aktiviti memancing bersama rakannya sebelum terjatuh ke dalam tasik.
Tiket Kejohanan Badminton Masters Malaysia 2024 laris
Bahang kehangatan penganjuran Kejohanan Badminton Masters Malaysia 2024 di Axiata Arena Bukit Jalil dari 21 hingga 26 Mei ini kian dirasai selepas tiket kejohanan itu laris terjual.
Pengurus syarikat rugi lebih RM400,000 terpedaya pelaburan tidak wujud
Seorang pengurus syarikat swasta kerugian RM401,075 akibat menjadi mangsa sindiket penipuan pelaburan tidak wujud secara dalam talian.
Pengurus wanita rugi lebih RM500,000 ditipu scammer menyamar sebagai adik
Seorang pengurus wanita kerugian lebih setengah juta ringgit selepas dipercayai menjadi mangsa scammer yang menyamar sebagai adiknya.