awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan negeri cadang skim khas untuk kakitangan awam kesihatan Johor Selatan

Bernama
Bernama
16/05/2024
15:14 MYT
Kerajaan negeri cadang skim khas untuk kakitangan awam kesihatan Johor Selatan
Ling berkata berdasarkan Data Perjawatan sehingga 30 April tahun ini, 2,389 jawatan dalam sektor kesihatan awam masih belum diisi. - Gambar fail/Bernama
ISKANDAR PUTERI: Kerajaan Johor mencadangkan kewujudan skim khas atau insentif khas kepada kakitangan awam kesihatan yang bertugas di Johor Selatan bagi mengisi kekosongan penjawatan sektor berkenaan.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor Ling Tian Soon berkata berdasarkan Data Perjawatan sehingga 30 April tahun ini, 2,389 jawatan dalam sektor kesihatan awam masih belum diisi.
"Isu ini akan bertambah serius sekiranya tiada perancangan rapi terhadap perkembangan bidang kesihatan dalam tempoh terdekat, contohnya pengoperasian Hospital Pasir Gudang pada tahun hadapan yang memerlukan lebih daripada 2,200 jawatan.
"Tambahan pula, negeri Johor terletak di sebelah Singapura, kita perlu bersaing dengan negara jiran dan mata wang Dollarnya 3.5 kali ganda daripada ringgit.
"Pada pandangan saya, isu ini haruslah disampaikan ke peringkat kementerian dan saya juga telah berjumpa dengan bekas menteri, mahupun menteri sekarang bagi mencadangkan kewujudan skim khas atau insentif khas kepada kakitangan yang bertugas di Johor Selatan yang sudah tentunya menanggung kos hidup yang tinggi," katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan penggulungan perbahasan pada Persidangan Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor ke-15, di Bangunan Sultan Ismail di sini hari.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#hospital Pasir Gudang
#sektor kesihatan awam
#negara jiran
#skim khas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan