KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa pengurusan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sepatutnya telah melakukan usaha wajar mengenai kewujudan PetroSaudi International Ltd (PSI) sebelum dana 1MDB disalurkan kepada PSI untuk tujuan usaha sama.
Bekas peguam kanan 1MDB Jasmine Loo Ai Swan, 50, yang membuat pengakuan itu semasa pemeriksaan balas oleh Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata bahawa bukanlah tugas Datuk Seri Najib Tun Razak, yang merupakan pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB untuk mendapatkan maklumat mengenai kewujudan PSI di Arab Saudi.
Sebelum ini pada 2019, bekas ketua pegawai eksekutif 1MDB Shahrol Azral Ibrahim Halmi memberi keterangan dalam perbicaraan yang sama berkata bahawa perjanjian usaha sama antara 1MDB dan PSI pada 2009 adalah gagal.
Sebagai rekod, dalam perjanjian usaha sama yang ditandatangani pada 28 Sept 2009, 1MDB telah menyalurkan AS$1 bilion untuk 40 peratus kepentingan dalam syarikat itu manakala PetroSaudi Holdings Cayman (sebuah syarikat yang kononnya merupakan anak syarikat PSI) menyuntik apa yang disifatkan sebagai aset bernilai AS$108 juta untuk baki 60 peratus kepentingan.
Terdahulu, Muhammad Shafee mencadangkan kepada Loo bahawa apabila berurusan dengan 1MDB, ia melibatkan jumlah wang yang sangat besar dan sebagai peguam kanan, Loo perlu betul-betul yakin bahawa dia berurusan dengan entiti yang betul, dan Loo bersetuju dengan cadangan itu.
Muhammad Shafee: Sebanyak mana anda tahu mengenai PSI?
Loo: Pada masa itu apa yang saya tahu hanya berdasarkan dokumen yang diserahkan kepada saya seperti surat daripada bank dan maklumat yang diberikan kepada saya oleh Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi (bekas ketua pegawai eksekutif 1MDB).
Muhammad Shafee: Adakah tugas Perdana Menteri untuk menentukan sama ada PSI wujud di Arab Saudi?
Loo menjawab "tidak".
Muhammad Shafee bagaimanapun tetap berpendapat bahawa PSI di Arab Saudi tidak wujud, tetapi Loo menyangkal dengan menyatakan bahawa terdapat beberapa maklumat yang tersedia untuknya yang akan merujuk kepada PSI.
Muhammad Shafee: Saya katakan pada anda bahawa ia tidak boleh berada di sana. Syarikat itu tidak wujud (di Arab Saudi). Keseluruhan perkara tentang PSI adalah kerja penipu secara total.
Loo: Kalau difikirkan balik, ya.
Najib, 70, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya (sebagai perdana menteri) untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.
Perbicaraan di hadapan Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 01 2024
Saksi itu berkata bahawa bukanlah tugas Datuk Seri Najib Tun Razak, yang merupakan pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB untuk mendapatkan maklumat mengenai kewujudan PSI di Arab Saudi. - Gambar fail
Warga Australia dipindahkan, lega pulang ke tanah air
Warga Australia yang dipindahkan dari New Caledonia yang mengalami rusuhan maut selama seminggu. memberitahu media tempatan mereka lega sebaik sahaja kembali ke tanah air pada Selasa.
Menteri ada rekod jenayah letak jawatan
Seorang Menteri Thailand, Pichit Chuenban, pada Selasa meletakkan jawatan selepas tertakluk kepada aduan undang-undang daripada senator yang boleh membawa kepada pemecatan Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin atas pelantikannya.
Keranda bawa jenazah Raisi tiba di Tehran
Pegawai dan tokoh agama Iran menerima keranda Presiden Iran, Ebrahim Raisi dan beberapa individu lain di Tehran, dalam satu majlis pada Selasa.
PMX ke Jepun bermula Rabu, pertama kali sertai Persidangan Nikkei sebagai Perdana Menteri
Wisma Putra dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan, PM Anwar menyertai persidangan tersebut atas jemputan Nikkei Inc. dan ia merupakan penyertaan pertama beliau sebagai Perdana Menteri.
Beri tumpuan kepada pelaburan dalam negeri - Dr Jomo
Kerajaan perlu memberi galakkan kepada pelaburan dalam negeri dalam usaha memacu pertumbuhan ekonomi negara.
Mat Sabu wakili Malaysia ke Iran, hadiri pengebumian Presiden Raisi
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu akan ke Iran bagi mewakili Malaysia untuk menghadiri pengebumian Presiden Iran, Almarhum Ebrahim Raisi.
Tumpuan Rabu – 22 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Jemaah Menteri setuju laksanakan penyasaran subsidi diesel
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu tidak melibatkan pengguna Sabah dan Sarawak kerana penduduk di sana kebanyakannya menggunakan diesel untuk urusan seharian.
Kerajaan bakal jimat RM4 bilion setahun
Jelas Perdana Menteri, dengan penyasaran subsidi diesel tersebut, jumlah penjimatan kepada kerajaan adalah dijangka sekitar 4 bilion ringgit setahun.
Satu langkah berani diambil kerajaan
Penasihat Penyelidikan Khazanah Research Institute, Prof Dr Jomo Kwame Sundaram menyifatkan pelaksanaan penyasaran subsidi ke atas bahan api termasuk diesel disifatkan satu langkah berani diambil kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar cadang pertimbang tahanan rumah Najib hanya selepas kes 1MDB selesai
Anwar berpandangan bahawa Yang di-Pertuan Agong hanya perlu mempertimbangkan tahanan rumah kepada Najib selepas kes 1MDB selesai.
1MDB: Mahkamah Persekutuan tolak permohonan Apandi dalam kes saman Kit Siang
Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Apandi untuk mendapatkan kebenaran meneruskan rayuannya terhadap penolakan Mahkamah Rayuan berkenaan tuntutan RM10 juta yang difailkannya terhadap Kit Siang.
Barangan mewah lebih AS$346 juta: 1MDB, 10 syarikat saman Rosmah
Kesemua syarikat itu antara lain menuntut Rosmah membayar AS$346,010,489 atau sejumlah amaun yang ditaksirkan oleh mahkamah.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Fitnah Sultanah Terengganu: Rewcastle-Brown diarah hadir prosiding rayuan
Mahkamah Tinggi mengarahkan Rewcastle-Brown, hadir ke mahkamah dalam pengurusan kes rayuannya.
Kes jenayah Goldman Sachs berhubung 1MDB tamat secara rasmi
Goldman Sachs telah memenuhi kewajipannya dan membayar penalti sebanyak AS$2.9 bilion.
Kes 1MDB: Siasatan SPRM dapati Najib lakukan kesalahan salah guna kuasa - Saksi
Siasatan SPRM mendapati elemen salah guna kuasa untuk dapatkan rasuah itu dikesan sewaktu pemeteraian perjanjian bersama Aabar PJS.
Najib dapat persetujuan Kabinet sebelum luluskan surat sokongan bon US$3 bilion
Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu Najib telah mendapatkan persetujuan sebulat suara daripada menteri-menteri Kabinet sebelum meluluskan surat sokongan berhubung penerbitan bon.
SPRM mohon maklumat dari Jerman berhubung dana 1MDB disyaki beli kereta mewah
Ia berhubung laporan kereta mewah dirampas oleh pihak berkuasa Jerman di Munich yang dipercayai berkait dengan kes 1MDB.
Kes 1MDB: Najib percaya Blackstone dikawal Arab Saudi, Raja Abdullah - Saksi
Saksi memberitahu Najib percaya bahawa syarikat Blackstone Asia Real Estate Partners dikawal oleh kerajaan Arab Saudi dan Raja Arab Saudi.