awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jentera serangan tumpul, pertahanan lemah punca TFC gagal kutip mata di laman sendiri
Ketua PBB minta semua pihak “bertenang” ketika Honduras menanti keputusan pilihan raya
Dua maut dalam letupan rumah jagaan di Pennsylvania
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengurusan kes saman fitnah Maria terhadap Jamal 17 Feb

Bernama
Bernama
09/01/2017
05:59 MYT
Pengurusan kes saman fitnah Maria terhadap Jamal 17 Feb
Dalam pernyataan tuntutan itu, Maria selaku plaintif mendakwa pada 28 Sept 2016, Jamal telah mengeluarkan kata-kata fitnah dalam satu sidang media di perkarangan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). - Gambar BERNAMA
Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 17 Feb untuk pengurusan kes saman fitnah Maria Chin Abdullah terhadap Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos atas dakwaan mengaitkan Bersih 2.0 dengan kumpulan pengganas Daish.
Peguam Melissa Sasidaran yang mewakili Maria berkata Hakim Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab menetapkan tarikh itu kerana pihak plaintif belum memperoleh kertas cadangan untuk menyelesaikan kes itu secara baik daripada defendan (Jamal).
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas pengurusan kes itu di dalam kamar hakim dengan dihadiri peguam Mohammed Nasser Yusof mewakili Jamal. Pada prosiding lepas, hakim itu mencadangkan saman tu diselesaikan secara baik.
Pada 7 Okt tahun lepas, Maria, 60, yang juga pengerusi Jawatankuasa Pemandu Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) menyaman Jamal yang merupakan pengerusi Gabungan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Melayu dan Gerakan Merah Malaysia (GMM) selaku defendan.
Dalam pernyataan tuntutan itu, Maria selaku plaintif mendakwa pada 28 Sept 2016, Jamal telah mengeluarkan kata-kata fitnah dalam satu sidang media di perkarangan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan telah diterbitkan serta disiarkan di beberapa portal berita, media cetak nasional dan media elektronik.
Plaintif juga mendakwa, pada 4 Okt tahun lepas, Jamal sekali lagi mengeluarkan kata-kata fitnah terhadapnya di perkarangan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dan telah diterbitkan pada 5 Okt di portal berita, media cetak nasional dan media elektronik.
Beliau menuntut ganti rugi am, teruk, dan teladan serta perintah injunksi bagi menghalang defendan daripada mengulangi atau menyiarkan semula perkataan fitnah itu. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bersih 2.0
#Daesh
#GMM
#Jamal Yunos
#Maria Chin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan