awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
Penutupan sebahagian kerajaan AS masuk hari ketiga akibat kebuntuan pembiayaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengurusan kos sara hidup bukan tentang harga makanan semata-mata - Penganalisis ekonomi

Firdaus Azil
Firdaus Azil
25/12/2022
10:02 MYT
Pengurusan kos sara hidup bukan tentang harga makanan semata-mata - Penganalisis ekonomi
Mohd Yusof berkata, isu kos sara hidup perlu dinilai dari dua sudut utama, iaitu kos harga barangan dan inflasi, serta pendapatan masyarakat itu sendiri. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Pengurusan kos sara hidup bukan tertumpu kepada soal mengurangkan beban pengguna tentang harga makanan seperti ayam dan telur semata-mata, kata penganalisis ekonomi Prof Madya Mohd Yusof Saari.
Beliau berkata, isu kos sara hidup memerlukan penilaian dari dua sudut utama, iaitu kos harga barangan dan inflasi, serta pendapatan masyarakat itu sendiri.
Katanya lagi, pengumuman Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tentang penubuhan jawatankuasa pemantauan dan pelaksanaan kos sara hidup, dilihat langkah yang tepat, khususnya dari segi penyelarasan tindakan antara kementerian dan agensi berkaitan.
“Kos sara hidup tak akan jadi masalah jika peningkatan pendapatan melepasi peningkatan harga inflasi itu. Tapi kini kita lihat keadaan sebaliknya, dan masalah ini kita lihat saban tahun, sebelum COVID-19 lagi.
“Jadi, kalau kerajaan mahu lihat menganalisis atau melihat dari segi dasar 'penyakit', rawatan mana diperlukan, maka perlu lihat puncanya.
“Bukan semata-mata makanan, kerana kita jangan lupa rakyat juga terhimpit dengan kos perumahan, kos pembelian perumahan yang tinggi, dan juga kos pendidikan yang semakin meningkat, termasuk juga kos pengangkutan dan kos bahan api,” katanya lagi.
Pada Sabtu, Ahmad Zahid berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan penubuhan sebuah jawatankuasa pelaksanaan dan pemantauan kos sara hidup.
Katanya lagi, beliau sendiri telah diarahkan oleh Perdana Menteri untuk mempengerusikan jawatankuasa tersebut, bagi memastikan usaha kerajaan untuk meringankan beban rakyat dapat dilakukan secara berterusan.
Ahmad Zahid berkata, jawatankuasa itu akan memastikan kesinambungan kepada pengumuman yang telah dilakukan kerajaan sebelum ini, termasuk berkaitan tarif elektrik, petrol serta langkah mengawal kekurangan bahan makanan asas.
Mengulas lanjut, Mohd Yusof berkata, memberi tempoh masa sebulan atau dua untuk melihat impak jawatankuasa itu mungkin tidak realistik, tetapi kesannya berkemungkinan besar dapat dilihat dalam tempoh enam bulan seterusnya.
“Contohnya (cadangan)... pandangan saya, (perlu) menggalakkan mewujudkan kedai yang menjual barangan lebih murah di pasaran untuk golongan B40 atau M40, dengan mengimport produk berunsurkan ekonomi berskala, atau yang tawarkan harga murah.
“Dalam pasaran (ketika ini) hanya ada beberapa syarikat saja yang dikatakan menawarkan beberapa pilihan harga yang murah. Maka kita wujudkan lebih banyaj perniagaan atau syarikat sedemikian yang mengkhusus kepada arah tersebut,” katanya lagi.
Topic Berkaitan
#kos sara hidup
#jawatankuasa kos sara hidup
#Ahmad Zahid Hamidi
#Mohd Yusof Saari
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan