PUCHONG: Semua pengusaha durian tempatan khususnya golongan bumiputera perlu memulakan penanaman buah berkenaan dalam skala besar bagi membolehkan dipasarkan ke China antara lima hingga enam tahun lagi, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.
Mohamad berkata usaha itu perlu dimulakan dari sekarang susulan pemeteraian Protokol Keperluan Fitosanitari Pengeksportan Buah Durian Segar dari Malaysia ke China semalam.
Beliau berkata kejayaan pemeteraian antara kedua-dua negara perlu dimanfaatkan kerana aktiviti pengeksportan durian merupakan perniagaan yang bernilai tinggi dan membantu meningkatkan pendapatan pengusaha tempatan.
"Kita (Malaysia) telah tandatangan secara rasmi dengan China semalam. Selepas ini durian kita akan dieksport terus ke China dengan mengikut peraturan dan lesen yang ditetapkan dan sebagainya.
"Kalau penanam berusaha dari sekarang, dalam masa antara lima dan enam tahun akan dapat hasil," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Ibadah Korban Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia di sini pada Khamis.
Mohamad berkata kerajaan sentiasa memberi sokongan dan bantuan kepada pengusaha dalam memastikan durian yang dihasilkan dari ladang tempatan itu berkualiti dan sesuai dieskport ke China.
"Tanamlah apa sahaja jenis durian tapi mesti berkualiti untuk dieskport," katanya sambil memetik laporan media antarabangsa baru-baru ini mengenai permintaan durian yang semakin meningkat dan mendapat permintaan daripada penduduk global.
Semalam, Malaysia dan China telah memeterai protokol berkenaan dalam majlis Pertukaran Memorandum Persefahaman Persetujuan yang disaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatnya, Li Qiang.
Malaysia sebelum ini diberikan akses pasaran eksport ke China bagi durian dalam bentuk ulas dan pes pada 2011 dan buah durian sejuk beku dalam bentuk biji pada 2018.
China merupakan pasaran eksport utama durian dari Malaysia dengan nilai eksport RM887 juta pada 2022.
Dalam perkembangan lain, Mohamad berkata bekalan beras di pasaran adalah stabil untuk memenuhi keperluan rakyat negara ini.
"Kalau kita lihat masa perayaan Aidiladha baru-baru ini, keseluruhan lokasi di negara (bekalan beras) stabil tetapi kita sentiasa memantau. Kalau ada kekurangan kita akan segera bertindak," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 20 2024
Mohamad berkata usaha itu perlu dimulakan dari sekarang susulan pemeteraian Protokol Keperluan Fitosanitari Pengeksportan Buah Durian Segar dari Malaysia ke China pada Rabu. - Foto BERNAMA
MTDC Sokong Peluncuran Dana MySTI, Perkasa Teknologi Tempatan
Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) melancarkan Dana Uji Beli (DUB) dan Dana Mudah Cara (DMM) MySTI, sebuah iniasitif baharu bagi mempercepatkan usaha pengkomersialan hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) negara.
Batu Puteh: Dr Mahathir balas kenyataan tiga bekas menteri Kabinet
Dr Mahathir turut membangkitkan persoalan sama ada perlu beliau meminta anggota Kabinet ketika itu untuk menyatakan pendapat mereka.
Pantau Agenda Reformasi: Tangani kenaikan harga premium insurans, takaful kesihatan
Ikuti kupasan Provost, Malaysia University of Science & Technology (MUST), Prof. Emeritus Dr. Barjoyai Bardai mengenai enam syor Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan tangani kenaikan harga premium insurans & takaful.
Pelabur harus memiliki mata wang Bitcoin - Thomas Peterffy
Pengasas syarikat broker runcit Interactive Brokers Group, Thomas Peterffy menyarankan pelabur untuk memiliki sedikit mata wang kripto, Bitcoin.
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus pada Oktober 2024 dengan 38,400 tan berbanding 31,847 tan pada September 2024.
Korean Air selesai pembelian jangka panjang Asiana Airlines
Syarikat penerbangan Korean Air menyelesaikan pembelian jangka panjang terhadap pesaingnya, Asiana Airlines yang kini dalam krisis hutang.
Jumlah import eksport barangan China naik 4.9 peratus 11 bulan pertama
Jumlah import dan eksport barangan China mencapai RMB39.79 trilion (RM24.3 trilion) dalam 11 bulan pertama tahun ini, naik 4.9 peratus tahun ke tahun.
4.1 juta pencarum miliki amaun permulaan, RM 14.5 bilion dipindah
Seramai 4.1 juta atau 31.6 peratus daripada jumlah keseluruhan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah umur 55 tahun memilih mempunyai amaun permulaan dalam Akaun Fleksibel dengan jumlah perpindahan sebanyak RM14.5 bilion
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
MIC cadang mekanisme khusus kawal kos rawatan hospital swasta
MIC mencadangkan supaya kerajaan dapat mewujudkan mekanisme khusus yang dapat mengawal kos rawatan di hospital swasta.
Pastor didakwa bunuh, simpan mayat ibu dalam peti sejuk beku
Tiada pengakuan direkod selepas pertuduhan dibaca di hadapan Majistret Atiqah Mohammed @ Mohamad Said kerana kes berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Bedah siasat mayat wanita warga emas dibunuh anak kandung masuk hari kedua
Bedah siasat ke atas mayat seorang wanita berusia lingkungan 80-an yang dipercayai dibunuh oleh anak lelakinya sebelum disumbat di dalam peti sejuk beku di Taman OUG, Jalan Klang Lama di sini, masih l
Ikrar udang sejuk beku tapi bawa rokok, arak seludup
JKDM Sarawak mematahkan cubaan menyeludup rokok dan minuman keras yang diikrar sebagai produk udang sejuk beku setelah melakukan pintasan di Jalan Kuching-Samarahan Ekpressway pada 22 Okt.
Rugi RM2.6 juta diperdaya pembelian Musang King sejuk beku
Mangsa dijanjikan akan menerima durian Musang King sejuk beku dalam tempoh sebulan selepas pembayaran dilakukan.
LKIM kaji semula keluasan kawasan PNK
LKIM akan mengkaji semula persempadanan kawasan PNK sebagai usaha menambah baik pengurusan dan penyampaian perkhidmatan setiap PNK kepada nelayan.
Durian segar Malaysia boleh dinikmati pengguna China dalam tempoh 36 jam
Bagi golongan pengguna China, durian segar lebih sedap dan rasanya lebih halus berbanding dengan durian sejuk beku.
Stok bekalan ikan negara untuk musim tengkujuh mencukupi
LKIM meminta peniaga tidak ambil kesempatan naikkan harga hasil laut terutamanya ikan ketika musim MTL yang djangka bermula November ini hingga Mac tahun depan.
Eksport durian Malaysia dijangka cecah RM1.8 bilion menjelang 2030 - KPKM
Prestasi eksport durian negara dari 2018 hingga 2022 menggalakkan dengan nilai eksport melonjak 256.3 peratus atau peningkatan RM822.8 juta.
Nga ketengah 'diplomasi durian' pada Mesyuarat Meja Bulat Menteri ASEAN-China
Kor Ming berkata inisiatif itu bertujuan memupuk hubungan yang lebih mesra dan membuahkan hasil antara negara terbabit.
Pengusaha durian perlu mula tanam dalam skala besar untuk pasaran China - Mohamad
Semua pengusaha durian tempatan khususnya golongan bumiputera perlu memulakan penanaman buah berkenaan dalam skala besar bagi membolehkan dipasarkan ke China antara lima hingga enam tahun lagi.