awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lisa BLACKPINK bakal bintangi filem original Netflix baharu
Mangsa cedera akibat gempa bumi Pacitan meningkat kepada 40 orang
TFC gagal bawa bekalan selesa ke Kuala Lumpur
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengusaha hotel digesa beri waktu penginapan 23 jam

Bernama
Bernama
20/10/2024
05:10 MYT
Pengusaha hotel digesa beri waktu penginapan 23 jam
King Sing berkata penginapan 23 jam sehari merupakan perkara biasa di luar negara dan perkara itu tidak menjejaskan soal kebersihan atau kualiti penginapan. -Gambar hiasan/Unsplash
KUALA LUMPUR: Pengusaha hotel digesa menyelaraskan semula masa daftar masuk dan keluar bagi memastikan pengguna menerima waktu penginapan sekurang-kurangnya 23 jam sehari, kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing.
Beliau berkata penginapan 23 jam sehari merupakan perkara biasa di luar negara dan perkara itu tidak menjejaskan soal kebersihan atau kualiti penginapan, malah pengguna juga merasakan wang yang dibelanjakan berbaloi dengan perkhidmatan diterima.
"Saya faham jika hotel mahu menjimatkan kos dan dapat meraih keuntungan dengan lebih banyak. Namun, perkara ini bukan hanya melibatkan keuntungan pemain industri semata-mata.
"Pelanggan yang berbelanja pasti mahu melakukannya dengan senang hati. Jika pelanggan berpuas hati dengan apa yang dibelanjakan, pasti pengusaha akan gembira dengan keuntungan yang berlipat kali ganda.
"Sebaliknya, jika pelanggan menerima pengalaman penginapan tidak memuaskan, ia memberi gambaran pihak hotel hanya mementingkan soal keuntungan dan bukan kualiti perkhidmatan," katanya menerusi hantaran di Facebook.
Selain itu, Tiong juga memberi jaminan membantu menyelesaikan masalah kekurangan pekerja, yang dibangkitkan pengusaha hotel sebagai punca tempoh proses pembersihan dan penyediaan bilik mengambil masa lebih lama, menyebabkan mereka bimbang untuk melanjutkan tempoh penginapan.
Beliau berkata isu itu akan dibincangkan dengan Kementeran Sumber Manusia (Kesuma) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN), dengan jaminan tersebut telah diberikan kepada wakil industri hotel pada pertemuan di Parlimen pada Khamis (17 Okt).
"Pada masa ini, industri perhotelan tidak menikmati keutamaan apabila memohon pengambilan pekerja asing.
"Malah bilangan negara sumber yang dibenarkan untuk membekalkan pekerja asing amat terhad dan menjejaskan tenaga kerja.
"Saya akan berbincang dengan jabatan berkaitan untuk mencari jalan penyelesaian berhubung perkara ini. Ini termasuk memberi kemudahan kepada pengusaha hotel untuk mengambil pekerja asing secara terus tanpa melalui perantara," katanya.
Isu waktu penginapan hotel berbangkit selepas pengguna mempersoalkan tindakan sesetengah hotel menetapkan waktu daftar masuk ke premis bermula jam empat petang manakala daftar keluar adalah pada 11 pagi keesokan harinya.
Sebagai langkah penyelesaian lain, Tiong turut mengarahkan Akademi Seni, Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) untuk membantu mewujudkan kursus berkaitan latihan pembersihan dan pengemasan bilik hotel, dengan mereka yang tamat latihan diberikan sijil.
Ini dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan dan kecekapan kerja di hotel, selain menambah imej profesional pelancongan Malaysia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#industri perhotelan
#Tiong King Sing
#pelancongan
#masa daftar masuk dan keluar
#23 jam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan