Larangan penggunaan polisterin yang akan berkuatkuasa 1 Sept ini mendapat penerimaan positif pengusaha premis makanan di sekitar ibu kota.
Tinjauan Bernama mendapati kebanyakan peniaga industri itu tidak lagi menggunakan polisterin untuk membungkus makanan sebaliknya telah bertukar kepada pembungkus daripada bahan lebih biodegradasi (boleh urai) seperti kotak dan kertas kertas minyak.
Presiden Kelab Trak Makanan Bandaraya Kuala Lumpur Shiraj Shah Subahan berkata kebanyakan daripada kira-kira 200 peniaga yang bernaung bawah persatuan itu mula menggunakan kotak dan beg kertas sebagai pembungkus sejak hujung tahun lepas.
"Kita memang telah bersedia lama dan menganggap penggunaan polisterin sebagai tidak relevan, memberi kesan negatif kepada alam sekitar dan menjejaskan persembahan makanan kepada pelanggan," katanya kepada Bernama.
Beliau yang menjalankan perniagaan roti benggali juga berpendapat penggunaan pembungkus kertas menjadikan produk nampak lebih terampil kerana kelihatan lebih kemas selain boleh menjadi medium pengiklanan dalam mempromosi perniagaan.
Peniaga gerai nasi kerabu Nor Farhana Sulaiman, 32, yang memilih kertas minyak sebagai pembungkus pula berpendapat penggunaan bahan itu lebih murah dan kompak selain menyumbang kepada kehidupan lebih sihat.
"Dari segi modal tidak jejas banyak harga lebih kurang sahaja, nak simpan stok pembungkus pun lebih senang berbanding dengan polisterin...ia juga sebahagian tanggungjawab peniaga dalam menyokong inisiatif hijau," katanya yang telah berniaga lebih lima tahun.
Pesara guru, S. Vijaya Letchemi, 52, berkata pelaksanaan itu dilihat bertepatan dengan usaha memulihara kelestarian alam sekitar sekali gus membawa Malaysia setaraf negara maju.
"Semua pihak perlu menyokong dan turut sama memainkan peranan dalam menjayakannya, saya sedang cuba membiasakan diri untuk membawa bekas makanan sendiri jika mahu membungkus makanan di kedai," katanya.
Pekerja swasta Desmond Lim, 26, pula berharap pihak pembekal menawarkan lebih banyak pilihan pembungkus daripada bahan biodegradasi sesuai dengan keperluan dan jenis makanan.
"Ada sesetengah bahan bungkusan tidak sesuai digunakan untuk mengisi makanan basah atau cecair, ini menyebabkan plastik masih digunakan," katanya.
Kementerian Wilayah Persekutuan menyarankan peniaga di Wilayah Persekutuan termasuk Labuan dan Putrajaya agar tidak lagi menggunakan bahan bungkusan yang diperbuat daripada polisterin dan mewajibkan penggunaan produk biodegradasi mulai Jun tahun lepas sebelum penguatkuasaan bermula 1 Sept ini.
Kompaun maksimum sehingga RM1,000 atau penjara tidak melebihi setahun boleh dikenakan kepada peniaga dan penjaja yang melanggar penguatkuasaan larangan pembungkusan plastik dan polisterin mulai tarikh penguatkuasaan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 26 2017
Larangan penggunaan polisterin yang akan berkuatkuasa 1 Sept ini mendapat penerimaan positif pengusaha premis makanan di sekitar ibu kota.
Video konvoi tentera Rusia di lebuh raya Syria tular
Rakaman video konvoi besar kenderaan tentera Rusia dengan sebahagiannya membawa bendera negara itu menuju ke utara Syria tular di media sosial.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta, ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas kerugian RM1,590,800 apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Pengusaha premis makanan patuh larangan guna polisterin
Larangan penggunaan polisterin yang akan berkuatkuasa 1 Sept ini mendapat penerimaan positif pengusaha premis makanan di sekitar ibu kota.