reff3f43rf4.jpg
OLEH : Huda Hussien
Mendengar nama produknya sahaja sudah cukup menggambarkan kestabilan jenama ini di pasaran. Namun usai dirisik, rupanya ia baru setahun menembusi pasaran. Terbukti impak pemasaran melalui pengiklanan radio misalnya menampakkan hasil apabila ia kini menjadi buah mulut orang ramai. Kata Pengasas Bersama Herskin, Humaidi Fadzil, “Orang tertanya-tanya apa produk Herskin ini sebenarnya? Jadi tugas saya sepanjang tahun ini adalah memperkenalkan Herskin agar lebih dikenali menerusi semua platform,”

tuturnya singkat ketika saya mahu ‘berkenal-kenalan’ dan mengetahui lebih lanjut mengenai jenama ini. Tidak keterlaluan jika saya rumuskan, langkah pertama dalam percaturan jenama ini mula menampakkan hasil sekali gus membuatkan kewujudan jenama ini seakan sudah lama di pasaran. Diasaskan bersama isterinya, Hani Elia Rousli yang juga pengasas hijab Al Humaira Contemporary, Herskin mula ditubuhkan pertengahan 2014. Mengambil nama Herskin sempena pangkal huruf pada perkataan nama isterinya, kini Herskin mula mendapat sambutan. Baru bergelar bapa kepada seorang putera comel (Hani Elia masih berpantang ketika sesi fotografi dilakukan) sedikit sebanyak jiwa Humaidi melonjak gembira selain lebih mahu berjaya mencongak hala tuju Herskin.
wecfwedwqd.jpg
Baik berniaga burger, menjadi rakan kongsi untuk menjual software, menjadi ejen unit amanah dan macam-macam lagi. Minat untuk berniaga itu timbul secara kebetulan dan terdorong selepas saya gagal menamatkan pengajian jurusan undang-undang di UIA. Mungkin kerana tidak minat dan saya rasakan jurusan itu susah untuk saya bawa. Jadi, janji saya kepada ibu bapa adalah untuk berniaga demi meneruskan hidup. Walaupun banyak perniagaan saya tidak menjadi tapi saya tekad untuk terus berniaga,”

jelasnya yang selesa bertutur dalam dialek utara. Tiada latar belakang kukuh dalam soal urus niaga, ibu bapanya adalah kakitangan kerajaan manakala adik beradik juga saudara-mara yang lain pula rataratanya berkhidmat sebagai pendidik, juga daripada sektor awam dan swasta. Bergelar anak kepada pasangan ustaz dan ustazah, katanya, pemikiran ibu bapanya agak konvensional. Lalu Humaidi membuat percaturannya sendiri. Masih segar dalam ingatannya leter dan ceramah panjang ibu dek kerana perniagaannya tidak ke mana. Namun terbukti Humaidi tidak melatah. “Saya pernah meminjam duit mak saya dan dia yang menolong membayarkan duit kereta. Dah tentu saya rasa malu. Waktu itu saya rasa macam diri ini tidak berguna kepada mereka." Bangkit mengumpul kekuatan dan belajar sedikit demi sedikit, akhirnya terbukti usahanya kini mula menampakkan hasil dengan adanya Herskin.