awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Global Sumud Flotilla hantar misi kemanusiaan terbesar ke Gaza pada 29 Mac
Adibah bawa agenda kerjasama pembacaan ke Pesta Buku Antarabangsa Taipei 2026
NIOSH tawar 3,000 tempat kursus OSH-C percuma kepada PKS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peniaga ditahan cabul kehormatan 6 kanak-kanak lelaki

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
07/02/2024
04:15 MYT
Peniaga ditahan cabul kehormatan 6 kanak-kanak lelaki
Polis Melaka menahan seorang peniaga warung terkenal di Jasin, selepas disyaki menjadikan enam kanak-kanak lelaki sebagai pemuas nafsu songsangnya dengan mencabul kehormatan mereka sejak September tahun lalu.
JASIN: Polis Melaka menahan seorang peniaga warung terkenal, di sini, selepas disyaki menjadikan enam kanak-kanak lelaki sebagai pemuas nafsu songsangnya dengan mencabul kehormatan mereka sejak September tahun lalu.
Lebih menjijikkan apabila lelaki berusia 57 tahun itu turut memberi habuan antara RM50 hingga RM100 terhadap semua mangsa yang berumur antara 12 hingga 13 tahun untuk melampias nafsunya.
Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Ahmad Jamil Radzi berkata, tindakan suspek terbongkar selepas keenam-enam mangsa tampil membuat laporan semalam.
"Bertindak atas maklumat yang diterima, suspek kemudian berjaya di tahan di rumahnya di Simpang Bekoh, di sini kira-kira pukul 8.56 malam tadi.
“Siasatan awal mendapati, suspek akan memberi upah RM50 hingga RM100 kepada mangsa-mangsa yang masih bersekolah ini sebelum dia mencabul kehormatan kanak-kanak berkenaan," katanya.
Tambah Ahmad Jamil, Majistret Mohd Firdaus Salleh di Mahkamah Jasin, hari ini, membenarkan permohonan reman selama tujuh hari ke atas suspek sehingga 13 Februari ini.
Kes disiasat mengikut Seksyen 14(a)/15A(1)/ 15B(b) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Topic Berkaitan
#cabul kehormatan
#peniaga cabul kehormatan
#enam kanak-kanak lelaki
#pemuas nafsu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan