KUALA LUMPUR : Persatuan Penjaja-Penjaja dan Peniaga-Peniaga Kecil Melayu Wilayah Persekutuan Cawangan Datuk Keramat memohon pihak berkaitan membina semula deretan kedai yang terbakar di Pasar Dato Keramat pada Rabu, dengan kadar segera.
Pengerusinya Mohamed Tarmizi Mohamed Akil berkata Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) perlu mencari jalan penyelesaian secepat mungkin kerana lokasinya yang strategik membantu perniagaan yang menjadi mata pencarian utama mereka.
"Kami mahu tapak ini dinaik taraf, bangunan lama dirobohkan dan didirikan dengan bangunan baharu di tapak asal dalam kadar segera.
"Kali terakhir dinaik taraf adalah setahun lalu, bahkan usia bangunan ini juga sudah lebih 50 tahun dan telah sampai masanya dibangunkan semula secara keseluruhan," katanya kepada pemberita selepas mengadakan mesyuarat dengan peniaga yang terlibat dalam insiden kebakaran tersebut, di sini.
Pada Rabu, lebih 40 gerai di Pasar Dato Keramat, di sini, terbakar dalam kejadian petang Rabu namun tidak membabitkan sebarang kemalangan jiwa.
BACA: 46 gerai di Pasar Dato Keramat terbakar
BACA: Kebakaran Pasar Dato Keramat: 'Api dari belakang kedai' - Peniaga
BACA: Litar pintas dipercayai punca kebakaran di Pasar Dato Keramat - Bomba
Mohamed Tarmizi berkata semua peniaga yang terlibat juga berharap dapat kekal berniaga di lokasi berkenaan kerana pasar itu telah dikenali di ibu kota selain didominasi sepenuhnya oleh peniaga Melayu.
Sementara itu, Mohamed Tarmizi berkata semua peniaga telah diberikan borang untuk bancian dan akan diserahkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.
"Kami sedang giat mendapatkan maklumat daripada mangsa yang terlibat untuk diserahkan kepada DBKL," katanya.
Peniaga nasi campur, Saadom Mat Takir, 70, berharap kawasan tersebut dapat dibangunkan semula bagi memelihara warisan perniagaan antara yang terawal bertapak di Kuala Lumpur.
"Lokasi ini adalah tapak ikonik bagi penjaja kecil Melayu dan antara yang popular di Kuala Lumpur, sedih kalau kawasan ini tenggelam, saya harap ia dikekalkan (untuk berniaga), " katanya.
Turut senada, peniaga nasi ayam kukus berempah, Fitri Yanti Juhari, 55, yang berharap untuk memulakan perniagaannya secepat mungkin.
"Kalau lambat sangat proses membangunkan semula, nampaknya saya terpaksa pacak khemah bagi meneruskan perniagaan.
"Ini sahajalah mata pencarian kami, apa-apapun segala bil masih perlu dibayar," katanya yang kerugian lebih RM30,000 akibat kedainya musnah dijilat api.
Sementara itu, Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa menerusi Twitter rasminya berkata beliau akan mengadakan perbincangan dengan pelbagai agensi pada Isnin depan bagi membantu peniaga terbabit.
Menerusi platform sama, Annuar juga memaklumkan akan membantu peniaga mewujudkan lokasi perniagaan dengan segera.
--- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 18 2021
Kebakaran yang berlaku pada Rabu di Pasar Dato Keramat telah menyebabkan kemusnahan 40 gerai. - Foto BERNAMA
AWANI Pagi: Keselamatan Elektrik Ketika Banjir | Apa Yang Anda Perlu Tahu?
Tenaga Nasional Berhad (TNB) sentiasa komited untuk memastikan keperluan tenaga elektrik dipenuhi dengan selamat, cekap dan pantas, termasuk ketika bencana alam. Ketua Pegawai Rangkaian Pembahagian TNB Ir. Mahathir Nor Bin Ismail berkongsi perkembangan terkini mengenai usaha TNB menangani isu bekalan elektrik ketika banjir bersama AWANI Pagi jam 8.30 pagi esok.
Pakistan, Maldives ucap tahniah Arab Saudi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2034
Pencapaian penting ini sesuai dengan pengiktirafan pengaruh Arab Saudi yang semakin meningkat dalam sukan global, kata Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [12 Disember 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Amirul Aiman
- Banjir: Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun malam ini
- Hospital swasta nafi lakukan penganiayaan, simpan jenazah bayi
- Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
#AWANIpagi #AWANInews
- Banjir: Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun malam ini
- Hospital swasta nafi lakukan penganiayaan, simpan jenazah bayi
- Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
#AWANIpagi #AWANInews
ACLE: Saya mohon maaf - Natxo Insa
Pemain berusia 38 tahun itu turut memberikan bayangan bahawa musim ini merupakan tahun terakhirnya dalam kancah bola sepak profesional.
OpenAI tergendala, jejas perkhidmatan ChatGPT, API, Sora
Menurut DownDetector.com, terdapat 2,483 laporan isu diterima sejak perkhidmatan itu gagal diakses sekitar 8 pagi waktu Malaysia.
Bola sepak Malaysia di fasa transisi
Pencapaian terbesar tahun ini adalah penyertaan Malaysia di Piala Asia 2023 di Doha, Qatar.
Parlimen: Hala tuju industri francais, status Ombudsman antara tumpuan hari ini
Hala tuju pembangunan industri francais, pengagihan bantuan kepada petani terjejas banjir serta status penubuhan Ombudsman Malaysia, akan dibincangkan pada hari terakhir persidangan.
Malaysia alu-alukan dua resolusi PBB tegakkan hak asasi mutlak rakyat Palestin
Malaysia teguh dengan pendirian berprinsip mendukung hak rakyat Palestin untuk membentuk sebuah negara merdeka dan berdaulat.
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik
Penaja kepada pemain perseorangan profesional negara Lee Zii Jia, Victor, membuat permohonan maaf berhubung kesilapan melibatkan logo Jalur Gemilang yang terbalik di jersi pemain itu pada perlawanan pertamanya di Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada Rabu.
Perubahan iklim: Kerjasama, komitmen antarabangsa perlu jayakan aspirasi
Nik Nazmi berkata, komitmen antarabangsa amat signifikan dan boleh dipuji, biarpun belum mencapai tahap yang dikehendaki.
Pasaran getah tempatan ditutup rendah
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah pada Selasa, didorong oleh penurunan harga minyak mentah, kata peniaga.
Pembinaan 7,243 MyKiosk dalam tempoh dua tahun ubah nasib lebih 7,000 keluarga - Nga
Inisiatif MyKiosk itu telah membantu 7,243 keluarga meningkatkan pendapatan serta memperkasakan taraf sosioekonomi penduduk setempat.
Pasaran getah ditutup bercampur-campur
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Jumaat berikutan kebimbangan mengenai gangguan bekalan yang disebabkan oleh hujan dan banjir di negara pengeluar utama, kata peniaga.
Pasaran getah ditutup bercampur-campur
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Khamis, apabila sentimen pasaran didorong oleh aliran menaik pasaran niaga hadapan getah serantau.
Harga santan cecah RM16 sekilogram
Peniaga mengakui terpaksa menaikkan harga santan sehingga RM2 berikutan berlaku kenaikan harga kelapa di peringkat pembekal.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, mata wang tempatan menyusut kepada 4.4765/4820 berbanding unit negara maju daripada 4.4715/4780 semasa ditutup pada Jumaat lepas.
Yayasan PEKEMA lancar program Charity BOX, nafas baharu kepada aktiviti kebajikan
Dalam program berkenaan sumbangan berjumlah RM40,900 disalurkan kepada Pertubuhan Kebajikan Pusat Jagaan Sri Mesra.
Pasaran saham AS lonjak ke paras tertinggi berikutan keyakinan terhadap kemenangan Trump
Indeks Dow Jones Industrial Average meningkat 1,508.05 mata atau 3.57% kepada 43,729.93. SP 500 menambah 146.28 mata atau 2.53%.
Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS
Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS pada Jumaat menjelang pengumuman data senarai gaji bukan ladang (NFP) Amerika Syarikat (AS) malam ini dan pilihan raya presiden AS pada minggu depan.
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Ringgit ditutup tinggi hari ini berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS) kerana peniaga dan pelabur kekal berjaga-jaga menjelang pilihan raya presiden AS, kata seorang penganalisis.