awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Litar pintas dipercayai punca kebakaran di Pasar Dato Keramat - Bomba

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
18/03/2021
08:49 MYT
Litar pintas dipercayai punca kebakaran di Pasar Dato Keramat - Bomba
Mohd Fahmi Abd Rahim berkata, keterangan beberapa saksi, mendapati berlakunya percikan api daripada tiang elektrik tersebut yang menyebabkan berlakunya kebakaran. - Gambar fail
KUALA LUMPUR : Siasatan awal kebakaran melibatkan 46 gerai yang terletak di pasar Datuk Dato Keramat di sini semalam dipercayai akibat litar pintas di salah satu tiang elektrik berhampiran.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Keramat, Mohd Fahmi Abd Rahim berkata, keterangan beberapa saksi, mendapati berlakunya percikan api daripada tiang elektrik tersebut yang menyebabkan berlakunya kebakaran.
"Namun begitu, kita akan melakukan siasatan menyeluruh bagi mengenal pasti sama ada wujudnya sebarang unsur khianat atau sebaliknya," katanya ketika dihubungi Astro AWANI di sini, pada Khamis.
Mengulas lanjut Mohd Fahmi berkata, Unit Penyiasat Kebakaran sedang menjalankan siasatan.
"Kita jangkakan, laporan penuh akan diperolehi dalam tempoh dua minggu," tambahnya.
Kebakaran | Gerai di Pasar Keramat
Semalam, Pusat Gerakan Operasi menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian berkenaan pada pukul 5.26 petang.
Ekoran itu, jentera bomba dari Balai Bomba Keramat, Setapak, Wangsa Maju dan Hang Tuah bersama 58 anggota digerakkan ke tempat kejadian.
Difahamkan, majoriti peniaga di kawasan Pasar Dato Keramat adalah dalam kalangan Bumiputera yang menjual barang basah, makanan, pakaian dan perkakas rumah.
Kejadian itu turut tular dalam media sosial apabila video menunjukkan orang ramai berusaha memadam kebakaran besar yang memusnahkan deretan gerai beratap zink itu.
Topic Berkaitan
#bomba
#musnah
#rumah kedai
#jentera bomba
#apo marak
#pasar awam
#percikan api
#lintar pintas
#siasatan awal
#unsur khianat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan