KUANTAN:Seorang peniaga di Taman Mentiga Jaya, Pekan kira-kira 40 kilometer dari sini, mendakwa kerugian RM13,000 selepas 60 utas jam tangan termasuk jenama G-Shock dilarikan pencuri.
Ketua Polis Daerah Pekan Supt Mohd Razli Mohd Yusof berkata mangsa yang berusia 30 tahun mendakwa, menyedari kedainya dipecah masuk semasa tiba untuk memulakan perniagaan sekitar 8 pagi tadi.
"Mangsa mendakwa melihat pintu jeriji kedai dalam keadaan terbuka dan pintu kaca hadapan telah dipecahkan, sebelum mendapati 60 jam tangan termasuk 30 utas jenama G-Shock tiada diraknya.
"Siasatan awal menemukan kesan potong pada mangga besi yang dipasang pada pintu jeriji itu yang dipercayai dilakukan suspek," katanya semasa dihubungi di sini, hari ini.
Mohd Razli berkata siasatan lanjut dilakukan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan boleh didenda atau sebat bagi kesalahan kedua dan seterusnya, jika sabit kesalahan.
Beliau juga meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu untuk menghubungi balai polis berhampiran.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 14 2021
Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu untuk menghubungi balai polis berhampiran.
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
AWANI Ringkas: Kes bayi dibeku di hospital di Klang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Taylor’s College raih keunggulan pendidikan dengan Anugerah Platinum ACCA
Pencapaian status Platinum ini selaras dengan aspirasi negara untuk melahirkan 60,000 akauntan bertauliah menjelang 2030.
#AWANIRingkas 14 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 14 Disember 2024
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
Kes bayi beku: “Jangan simpan jenazah terlalu lama jika tiada alasan munasabah” - Dr Maza
Islam tidak hanya menitikberatkan hak terhadap mereka yang masih hidup, tetapi juga memastikan hak jenazah dipelihara, kata Mufti Perlis.
Peniaga jam tangan dakwa 30 utas G-Shock dilarikan pencuri
Mangsa yang berusia 30 tahun mendakwa, menyedari kedainya dipecah masuk semasa tiba untuk memulakan perniagaan sekitar 8 pagi tadi.