awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
UMNO perlu jana pemikiran baharu demi kelangsungan parti - Ahmad Zahid
Nawal Shahirah sudah ditemui dalam keadaan selamat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peniaga kerugian RM829,705 ditipu sindiket pelaburan tidak wujud

Bernama
Bernama
13/07/2025
09:45 MYT
Peniaga kerugian RM829,705 ditipu sindiket pelaburan tidak wujud
Bahrin berkata mangsa pada mulanya terlihat iklan pelaburan tersebut di media sosial pada Mac lalu, yang menawarkan pulangan keuntungan yang tinggi. - Gambar fail/Bernama
KLUANG: Seorang peniaga yang juga pengarah sebuah syarikat perkakasan mengalami kerugian sebanyak RM829,705 setelah termakan janji manis sindiket penipuan pelaburan tidak wujud secara dalam talian.

Ringkasan AI
  • Mangsa Rugi RM829,705: Akibat Sindiket Pelaburan Palsu Seorang pengarah syarikat perkakasan terpedaya dengan iklan pelaburan di media sosial dan membuat bayaran ke lima akaun bank berbeza antara 5 Jun hingga 9 Julai.
  • Janji Keuntungan Palsu Melalui Aplikasi: Aplikasi pelaburan menunjukkan kononnya keuntungan RM4.66 juta, namun mangsa diminta membuat bayaran tambahan untuk mengeluarkan wang tersebut.
  • Laporan Polis dan Siasatan Diaktifkan: Mangsa membuat laporan pada 10 Julai dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana penipuan.

Ketua Polis Daerah Kluang ACP Bahrin Mohd Noh berkata mangsa, seorang lelaki tempatan berusia 56 tahun, pada mulanya terlihat iklan pelaburan tersebut di media sosial pada Mac lalu, yang menawarkan pulangan keuntungan yang tinggi.
Beliau berkata selepas berhubung dengan 'ejen' pelaburan terbabit, mangsa kemudiannya diminta untuk memuat turun aplikasi pelaburan bagi menyertai pelaburan itu.
"Susulan itu, antara 5 Jun hingga 9 Julai, mangsa telah membuat pembayaran ke dalam lima akaun bank yang berbeza secara berperingkat, dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM829,705. Mangsa mendapati keuntungan berjumlah RM4,669,065.25 ditunjukkan dalam aplikasi tersebut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Bagaimanapun Bahrin berkata mangsa diberitahu bahawa beliau perlu membuat pembayaran tambahan bagi membolehkan pengeluaran keuntungan yang dinyatakan.
Beliau berkata setelah menyedari dirinya ditipu, mangsa telah membuat satu laporan polis pada Khamis, 10 Julai di Balai Polis Kluang.
Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#peniaga kerugian
#pelaburan tidak wujud
#Secara Dalam Talian
#Polis Kluang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan