awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Anggota APM Bagan Datuk parah kenderaan terbabas elak anjing
Salji lebat di seluruh Jepun, 35 orang maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peniaga mainan didenda RM4,500 miliki 110 laras senjata tiruan

Bernama
Bernama
06/03/2025
06:06 MYT
Peniaga mainan didenda RM4,500 miliki 110 laras senjata tiruan
Peniaga kedai mainan Wan Muhammad Faezyl Wan Mansor (kiri) didenda RM4,500 oleh Mahkamah Majistret Kemaman di sini hari ini. - Foto Bernama
CHUKAI: Seorang peniaga kedai mainan didenda RM4,500 oleh Mahkamah Majistret Kemaman di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan memiliki 110 laras senjata tiruan, pada Januari lepas.

Ringkasan AI
  • Wan Muhammad Faezyl Wan Mansor didenda RM4,500 oleh Mahkamah Majistret Kemaman kerana memiliki 110 laras senjata tiruan.
  • Beliau mengaku bersalah atas dua pertuduhan, dengan senjata tiruan ditemui di premis perniagaannya di Bandar Baru Kijal dan kediamannya di Kerteh.
  • Jika gagal membayar denda, beliau akan dikenakan hukuman penjara tiga bulan bagi setiap pertuduhan.

Wan Muhammad Faezyl Wan Mansor, 31, membuat pengakuan itu selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Sharifah Amirda Shasha Amir Sharifuddin yang turut memerintahkan hukuman penjara tiga bulan jika gagal membayar denda itu.
Mengikut pertuduhan pertama, Wan Muhammad Faezyl memiliki sembilan laras senjata tiruan di premis perniagaannya di Bandar Baru Kijal dan baki 101 laras senjata tiruan dimiliki tertuduh di kediamannya di Kerteh bagi pertuduhan kedua.
Kesalahan tersebut dilakukan lelaki berkenaan pada 2.30 petang dan 3.45 petang, 5 Jan lepas.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 36 Akta Senjata 1960 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda tidak lebih RM5,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Lim Zhan Yi memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal terhadap tertuduh, namun peguam Nur Farahin Shazlin Mohd Redhuan Shah Edwin dalam rayuannya memohon hukuman yang rendah atas faktor kewangan tertuduh.
Sharifah Amirda Shasha kemudian memerintahkan tertuduh didenda RM2,000 bagi pertuduhan pertama dan RM2,500 untuk pertuduhan kedua selain tiga bulan penjara bagi kedua-dua pertuduhan jika gagal membayar denda berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#peniaga kedai mainan
#memiliki senjata tiruan
#denda
#Mahkamah Majistret Kemaman
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan