awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peniaga makanan dalam kawasan MPK dilarang guna bekas makanan stirofoam dan polistirena mulai 15 Julai

Bernama
Bernama
08/06/2024
07:30 MYT
Peniaga makanan dalam kawasan MPK dilarang guna bekas makanan stirofoam dan polistirena mulai 15 Julai
Larangan itu antara langkah memulihara alam sekitar untuk tempoh jangka panjang serta memastikan tahap kesihatan penduduk di Perlis sentiasa terjamin. - Gambar hiasan
KANGAR: Semua premis kedai termasuk gerai dan penjaja makanan dan minuman dalam kawasan Majlis Perbandaran Kangar (MPK) dilarang menggunakan bekas makanan berasaskan stirofoam dan polistirena berkuat kuasa mulai 15 Julai ini.
Yang Dipertua MPK Affendi Rajini Kanth berkata sekiranya peniaga gagal mematuhi arahan itu, mereka akan dikenakan tindakan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 iaitu kompaun maksimum RM500 atau denda tidak melebihi RM2,000.
"Kegagalan peniaga mahupun pemilik premis mematuhi arahan ini boleh menyebabkan tindakan penguatkuasaan dikenakan terhadap mereka," katanya dalam kenyataan hari ini.
Affendi berkata larangan itu antara langkah memulihara alam sekitar untuk tempoh jangka panjang serta memastikan tahap kesihatan penduduk di Perlis sentiasa terjamin.
"Satu kajian menunjukkan bahawa bahan stirena dan benzin yang terdapat dalam polistirena boleh membawa kesan buruk kepada manusia termasuk gangguan sistem saraf di samping kesan kepada alam sekitar melalui penipisan lapisan ozon dan ia tidak boleh dikitar semula.
"Agensi Penyelidikan Kanser Antarabangsa (IARC), Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengklasifikasikan stirena sebagai bahan karsinogen kumpulan 2B iaitu agen penyebab kanser," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#peniaga makanan
#majlis perbandaran kangar
#stirofoam
#polisterin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan