PENIAGA di zon bebas cukai di Rantau Panjang, Kelantan mendakwa hilang punca pendapatan apabila pintu satu dan tiga Pusat Pemeriksaan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam) ditutup kepada orang ramai sejak November tahun lalu.
Kedua-dua pintu masuk itu ditutup bermula jam 10 malam hingga 6 pagi, sekali gus menimbulkan kekeliruan kepada orang ramai yang menyangka ‘syurga’ membeli-belah itu ‘mati’ pada sebelah malam.
Menerusi Apa Khabar Rakyat, wartawan Sinar Harian mendengar keluhan dan luahan peniaga terlibat.
Lebih 30 peniaga makanan serta runcit yang berniaga pada sebelah petang di zon bebas cukai Rantau Panjang mendakwa mengalami kerugian kerana hanya dapat berniaga selama kira-kira tiga jam pada sebelah malam.
Peniaga makanan, Rosli Nawi, 39, berkata, dia cukup terkesan dengan penutupan pintu satu dan tiga itu kerana mula berniaga pada jam 7 malam.
“Sebelum ini saya boleh berniaga sehingga larut malam kerana kebanyakan pelanggan adalah dari luar Rantau Panjang yang melalui laluan ini.
“Sejak itu pendapatan saya dan rakan-rakan lain mulai merosot dan paling menyedihkan apabila ramai yang beranggapan pekan ini langsung tidak beroperasi pada sebelah malam.
“Hendak mengharapkan pelanggan tempatan memang sukar kerana ramai yang berbelanja di sini adalah orang dari luar,” katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.
Menurutnya, walaupun pintu dua dibuka namun orang ramai keliru kerana lokasinya agak tersorok.
Tambah Rosli, jika Kelantan sering dikatakan dianaktirikan oleh kerajaan Persekutuan, mereka menganggap Rantau Panjang seperti dianaktiri oleh kerajaan negeri.
Peniaga kedai makan, Pausi Mamat, 58, pula memberitahu golongan yang paling terkesan ialah peniaga pasar malam pada Jumaat dan Sabtu.
Ujarnya, pada kebiasaannya kawasan zon bebas cukai bukan sahaja meriah pada sebelah siang tetapi juga malam.
Dia berkata, orang ramai berkunjung ke situ untuk makan kerana terdapat pelbagai jenis menu yang setanding dengan negara jiran.
“Kami pernah berjumpa dengan beberapa pihak terlibat namun jawapan yang diberikan tidak jelas.
“Ini kali pertama pintu masuk ditutup semenjak zon bebas cukai ini dibuka sejak tahun 2003 lagi,” katanya.
Peniaga lokcing, Sopian Sautar, 40, pula mendakwa, bukan jualannya sahaja menurun malah punca rezeki peniaga lain turut terjejas.
Katanya, mereka hanya mampu berniaga untuk menyara keluarga dan jika masalah itu berterusan, dia bimbang kehidupan golongan peniaga terlibat akan terjejas.
“Saya dan peniaga lain merayu pihak berkaitan untuk mendengar masalah kami ini,” katanya.
Buka pintu seperti biasa atau lanjutkan waktu
Sementara itu, peniaga di zon bebas cukai Rantau Panjang merayu supaya pintu satu dan tiga Pusat Pemeriksaan Kastam dibuka semula kepada orang ramai seperti biasa.
Wakil peniaga, Hazrul Abd Manaf, 41, berkata, pembukaan semula pintu tersebut seperti biasa diyakini akan merancakkan semula ekonomi di zon bebas cukai Rantau Panjang pada sebelah malam.
“Atau buka pintu satu dan dua sahaja untuk orang ramai.
"Jika itu sukar untuk dilaksanakan kami cadangkan waktu operasi dilanjutkan dari jam 10 kepada 12 tengah malam,” katanya lagi.
Menurutnya, dengan cara itu, sekurang-kurangnya peniaga dapat berniaga lebih masa jika dibandingkan sekarang iaitu hanya tiga jam.
Ujarnya, tempoh lima jam itu dilihat lebih relevan sekali gus membolehkan orang ramai dapat berbelanja dengan tenang.
Peniaga makanan, Rosli Nawi, 39, pula berkata, antara cadangan lain ialah pihak berkenaan membuka kesemua pintu selama 24 jam pada Khamis, Jumaat, Sabtu dan Ahad.
“Empat hari ini adalah lubuk rezeki buat peniaga-peniaga kerana ramai pengunjung luar dari Kelantan akan datang untuk membeli-belah di sini.
“Kami sangat berharap beberapa cadangan yang diberikan ini akan didengari dan dipertimbangkan oleh pihak terbabit,” katanya.
Menurut Rosli, perkara itu perlu dipertimbangkan dan diperhalusi dengan sebaik-baiknya kerana melibatkan punca rezeki peniaga.
Dalam pada itu tambahnya, pihak terlibat diharap dapat mengecilkan skop zon bebas cukai kerana 30 peratus sahaja melibatkan gedung, manakala 70 peratus lagi adalah rumah penduduk. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Nov 22 2023
Pembukaan semula pintu di Pusat Pemeriksaan Kastam seperti biasa diyakini akan merancakkan semula ekonomi di zon bebas cukai Rantau Panjang pada sebelah malam. - Foto Sinar Harian
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Banjir: Peperiksaan SPM diteruskan, keputusan dibuat tanpa ihsan - Siti Zailah
Keputusan Kementerian Pendidikan Malaysia meneruskan Sijil Peperiksaan Malaysia didakwa merupakan satu keputusan yang dibuat tanpa ihsan.
Kawasan sekitar Sungai Golok di Rantau Panjang dijangka dinaiki air - JPS
Banjir yang diramalkan boleh berlaku lebih awal atau lewat dari masa dijangkakan bergantung kepada keadaan hujan yang signifikan di kawasan berkenaan.
Warga emas maut jatuh perigi ketika ambil wuduk
Dalam kejadian jam 6.30 pagi itu, Bahrum, 64 tahun, dikatakan meninggal dunia di dalam perigi sedalam empat meter terbabit.
Kelantan rancang pindah Zon Bebas Cukai Rantau Panjang ke lokasi lain - Exco
Kelantan rancang pindahkan Zon Bebas Cukai Rantau Panjang di Pasir Mas ke lokasi yang lebih sesuai dan strategik pada masa hadapan.
Kerajaan segerakan peruntukan atasi banjir di Rantau Panjang - PM Anwar
Kerajaan akan menyegerakan peruntukan kewangan untuk mengatasi masalah banjir di Rantau Panjang yang berpunca dari muara Sungai Golok.
Malaysia, Thailand setuju percepat pembinaan Jambatan Kedua Sungai Golok-Rantau Panjang
Malaysia dan Thailand bersetuju mempercepatkan pelaksanaan Jambatan Kedua Sungai Golok-Rantau Panjang di Pasir Mas.
PM Anwar, Srettha lawat projek naik taraf Jambatan Rantau Panjang-Sungai Golok Sabtu ini
Kementerian Luar Malaysia dalam satu kenyataan berkata projek itu adalah salah satu inisiatif utama dalam kesalinghubungan sempadan antara kedua-dua negara.
Bomba selamatkan wanita kemurungan jatuh perigi
Bomba Rantau Panjang berjaya menyelamatkan seorang wanita yang terjatuh ke dalam perigi sedalam 9.14 meter di Felcra Bukit Tandak, Rantau Panjang.
Isu sambung ECRL hingga Rantau Panjang telah dibincang dalam MTEN - Loke
Isu penyambungan jajaran Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) hingga ke Rantau Panjang telah dibincangkan oleh kerajaan dalam mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) baru-baru ini.
Rantau Panjang, Tumpat 'lubuk rezeki' penyeludup bahan api
KPDN Kelantan tidak menafikan jajahan Rantau Panjang dan Tumpat di negeri ini merupakan lubuk rezeki kepada penyeludup bahan api bersubsidi.