awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JAWI diarah siasat isu lelaki berpakaian menyerupai wanita
Jenazah ibu selamat dikebumikan, ayat Anuar Zain undang sebak
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penilaian awal dapati tapak cadangan pelupusan kekal rendah risiko banjir

Bernama
Bernama
28/10/2021
05:05 MYT
Penilaian awal dapati tapak cadangan pelupusan kekal rendah risiko banjir
Dr Adham berkata laporan penilaian kesan radiologi (RIA) telah diterima September lepas. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Penilaian awal tapak cadangan baharu bagi pembinaan kemudahan pelupusan kekal (PDF) kilang pemprosesan nadir bumi, Lynas Malaysia Sdn Bhd di sekitar kawasan Perindustrian Gebeng, Pahang mendapati ia diklasifikasikan berisiko rendah dilanda banjir.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Adham Baba berkata laporan penilaian kesan radiologi (RIA) telah diterima September lepas dan dilaksanakan ekoran kebimbangan berkenaan risiko banjir di sekitar kawasan tersebut.
"PDF telah dikenal pasti di kawasan Perindustrian Gebeng dan kini sedang dalam proses penilaian sebelum diberikan kelulusan pembinaan," katanya dalam sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan Wong Tack (PH-Bentong) yang ingin tahu sekiranya Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) masih berpegang dengan pendirian sisa radioaktif terkumpul di kilang Lynas perlu dipindah segera kerana kawasan tersebut terdedah kepada banjir besar.
Dr Adham berkata ketika ini, kerajaan berpendirian pemindahan sisa radioaktif yang terkumpul boleh disegerakan dengan syarat mempercepatkan pembinaan PDF.
Bagaimanapun katanya sebelum kelulusan pembinaan PDF diberikan, AELB mensyaratkan supaya dua aspek penilaian utama dipatuhi, iaitu RIA dan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Lynas
#Kemudahan Pelupusan Kekal
#Dr Adham Baba
#banjir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan