awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jeneral Rusia ditembak beberapa kali di Moscow
Pasukan forensik siasat lokasi serangan bom bunuh diri di masjid Islamabad
Lisa BLACKPINK bakal bintangi filem original Netflix baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peningkatan CPO jejas perbelanjaan Program Skim Penstabilan Harga Minyak Masak

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
17/11/2021
03:15 MYT
Peningkatan CPO jejas perbelanjaan Program Skim Penstabilan Harga Minyak Masak
Kerajaan akan melihat kepada beberapa kaedah dalam memastikan bekalan minyak masak sawit kekal dijual secara runcit dengan harga yang tidak membebankan pengguna. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Peningkatan harga minyak sawit mentah (CPO) telah memberi kesan kepada perbelanjaan kerajaan dalam menstabilkan harga minyak masak.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, kerajaan akan melihat kepada beberapa kaedah dalam memastikan bekalan minyak masak sawit kekal dijual secara runcit dengan harga yang tidak membebankan pengguna.
"Keadaan sekarang, harga bagi satu tan metrik CPO di peringkat global telah melambung naik.
"Apabila kita meletakkan nilai ambang subsisdi beberapa tahun sebelum ini kepada RM2,500 bagi satu tan metrik CPO, sekarang ia telah naik melipat kali ganda iaitu lebih RM5,000 bagi satu tan metrik.
"Sekiranya ia terus melambung, sudah tentu ia memberi kesan kepada perbelanjaan bagi pelaksanaan Program Skim Penstabilan Harga Minyak Masak.
"Kerajaan akan melihat kepada kaedah lain bagi memastikan bekalan minyak masak sawit mencukupi di pasaran dan juga memastikan minyak sawit dijual secara runcit pada harga yang tidak membebankan pengguna khususnya kepada golongan B40," katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan tambahan Datuk Robert Lawson Chuat (GPS-Betong) yang ingin tahu kesan kepada Program Skim Penstabilan Harga Minyak Masak sekiranya CPO terus melambung naik.
Dalam pada itu, beliau berkata kajian bagi mengoptimumkan subsidi seliaan KPDNHEP dilakukan bagi memastikan ia dapat dioptimum, selain agihannya sampai kepada golongan sasaran.
Menurut Alexander, kajian berkenaan dimulakan pada 2021 dan dijangka selesai menjelang tahun depan.
Melalui kajian itu, katanya, aspek keberkesanan pelaksanaan program subsidi sedia ada akan dinilai, membabitkan keberkesanan penyampaian, mekanisme pelaksanaan, darjah ketirisan dan kos terbabit.
Topic Berkaitan
#harga minyak
#minyak masak
#minyak sawit mentah
#Datuk Seri Alexander Nanta Linggi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan