KOTA BHARU: Persatuan Pengusaha Bas Ekspres Melayu Semenanjung Malaysia (PEMBAWA) dan Persatuan Pengusaha Bas Seluruh Malaysia (PMBOA) berkata ada antara ahlinya mengalami masalah kewangan berikutan peningkatan kos operasi.
Yang DiPertua PEMBAWA Laili Ismail berkata kenaikan kos tidak terkawal menyebabkan persaingan tidak sihat dalam kalangan pengusaha bas yang berlumba-lumba menurunkan harga demi menarik perhatian pengguna tanpa memikirkan kesan jangka panjang sekali gus menjejaskan harga pasaran.
"Kesan daripada pandemik COVID-19 telah menyebabkan berlaku kenaikan kos seperti harga badan bas sebanyak 39 peratus, harga casis bas pula meningkat 44 peratus dan harga alat ganti turut meningkat 25 peratus.
"Walaupun kenaikan penumpang meningkat sehingga 80 peratus iaitu hampir mendekati angka kenaikan penumpang sebelum pandemik COVID-19, tetapi masih ada lagi pengusaha bas mengalami krisis kewangan disebabkan peningkatan kos operasi," katanya pada sidang media di Pejabat Urusan Ekspres Perdana, di sini hari ini.
Menurut Laili, pengusaha bas ekspres juga berdepan masalah kekurangan pemandu kerana rakyat Malaysia lebih cenderung untuk bekerja di luar negara seperti Singapura yang menawarkan gaji berlipat ganda.
"Hampir kesemua pengurusan terminal kini mengamalkan Sistem Tiket Berpusat (CTS) seperti terminal Klang dan Shah Alam di Selangor, Ipoh di Perak dan Larkin, Johor sehingga menyebabkan operator terpaksa membayar caj komisen 10 peratus atau purata RM5 untuk setiap keping tiket yang dijual.
"Selain bebanan peruntukan komisen, Online Ticketing Agent (OTA) dan CTS juga menambah bebanan operator melalui kelewatan pembayaran hasil jualan tiket yang memakan masa tujuh hingga 19 hari sekali gus menganggu operasi syarikat operator kerana tidak dapat membuat pusingan modal susulan wang tidak diterima dalam tempoh sepatutnya," katanya.
Beliau berkata PEMBAWA dan PMBOA juga telah menghantar memorandum kepada Kementerian Pengangkutan dan Agensi Pengangkutan Awam Darat pada 21 Dis tahun lepas berkenaan penambahbaikan kategori dan spesifikasi perkhidmatan bas ekspres tetapi masih belum mendapat maklum balas.
"Kami adalah pemain industri sebenar yang sanggup menanggung hutang jutaan ringgit demi menyediakan perkhidmatan pengangkutan untuk kemudahan rakyat di negara ini.
"Sekiranya tiada tindakan segera diambil oleh pihak kerajaan, pengusaha bas ekspres bakal berdepan penutupan operasi syarikat dan menyebabkan ribuan pekerja serta pemandu bas bakal hilang pekerjaan sekali gus menyebabkan rakyat tidak lagi dapat menikmati kemudahan bas ekspres," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 29 2024
Laili Ismail berkata kenaikan kos tidak terkawal menyebabkan persaingan tidak sihat dalam kalangan pengusaha bas yang berlumba-lumba menurunkan harga demi menarik perhatian pengguna. - Bernama
Pesara tentera diminta kemaskini data di JHEV
Jelas Adly setakat ini lebih 213 ribu veteran berdaftar dengan jabatan tersebut, berbanding sekitar 300,000 yang telah bersara dalam perkhidmatan.
10 Berita Pilihan - (27 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad - 28 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
AWANI Ringkas: UM mohon maaf kepada rakyat Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Jangan sentuh isu 3R sepanjang kempen PRK Kuala Kubu Baharu
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) diminta untuk meningkatkan pemantauan bagi mengesan sebarang hantaran yang menyalahi undang-undang.
Ulang tahun TLDM dirai nada berbeza, jangan lupa mereka yang tiada
Warga TLDM diharapkan terus cekal, tabah demi rakyat dan tanah air, walaupun berhadapan pelbagai rintangan dan cabaran.
Lelaki warga Myanmar maut dalam pergaduhan
Seorang lelaki ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dan berlumuran darah dipercayai ditikam dan dipukul pada bahagian kepala.
Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik UM mohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia
Dalam satu kenyataan pada Sabtu, jabatan itu menegaskan pihaknya kesal dan memandang serius terhadap perkara itu.
AWANI 7:45 [27/04/2024] - Siasatan sama ada Tun M salah guna kuasa | Jangkaan persaingan sengit | FFC umum tangguh misi | Mesyuarat khas dua hari
#AWANI745 malam ini bersama Dzulfitri Yusof;
1. Mokhzani dan Mirzan nafi disiasat SPRM
2. Pertandingan empat penjuru, PRK Kuala Kubu Baharu
3. Freedom Flotilla To Gaza ditangguh, delegasi dunia pulang
4. Mesyuarat Khas WEF berlangsung di Arab Saudi, ketika suhu geopolitik semakin panas
1. Mokhzani dan Mirzan nafi disiasat SPRM
2. Pertandingan empat penjuru, PRK Kuala Kubu Baharu
3. Freedom Flotilla To Gaza ditangguh, delegasi dunia pulang
4. Mesyuarat Khas WEF berlangsung di Arab Saudi, ketika suhu geopolitik semakin panas
Piala Thomas: Jangan pandang mudah Malaysia - Antonsen
Walaupun Malaysia membariskan skuad perseorangan kurang 'menyengat', Anders Antonsen masih menjangkakan saingan sengit.
Peningkatan kos operasi: Pengusaha bas ekspres berdepan masalah kewangan
Kenaikan kos tidak terkawal dikatakan menjadi penyebab persaingan tidak sihat dalam kalangan pengusaha bas.
Insentif pemandu teksi, pengusaha bas sekolah dibayar 'one off' tahun ini
Bayaran akan dilakukan kepada semua pemandu teksi dan pengusaha bas sekolah yang memenuhi syarat ditetapkan oleh kerajaan negeri.
Tindakan tegas terhadap bas ekspres tidak ambil, turun penumpang di Penang Sentral - JPJ
JPJ Pulau Pinang memberi amaran kepada semua pengusaha bas ekspres di Penang Sentral, Butterworth agar menurunkan dan mengambil penumpang di dalam terminal itu seperti yang ditetapkan.
Pengusaha bas desak sesi libat urus mengenai SOP buka sempadan
Sesi tersebut haruslah dilakukan segera menerusi dialog bersama pemain industri bas, untuk mengetahui permasalahan dan peraturan terlibat sebelum memulakan operasi.
Pengusaha bas sekolah hadapi kesukaran beroperasi - Persatuan
Kerajaan diminta memberi perhatian terhadap masalah dihadapi pengusaha bas di seluruh negara yang mengalami kesukaran untuk beroperasi ketika sesi persekolahan dibuka semula.
Projek rintis bas elektrik di Kota Kinabalu dijangka mula pertengahan tahun ini
Di bawah projek itu, WHS yang juga cabang pelaburan Kerajaan Negeri Sabah, dijangka menerima 100 hingga 200 unit bas elektrik tersebut.
Penutupan sekolah tamparan hebat buat pengusaha bas pelajar
Penutupan sekolah beri kesan kepada pengusaha bas sekolah yang hilang punca pendapatan seharian mereka.
Jangan naikkan harga diesel lagi, rayu pengusaha bas
Kerajaan diminta kaji semula SOP terhadap pengangkutan awam seperti bas ekspres sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
Pekerja syarikat pengusaha bas, pelanggan gembira tindakan SPAD
Pekerja di syarikat pengusaha bas gembira kerana tindakan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) kerana tidak menunaikan permintaan pengusaha bas bagi menaikkan harga tiket sebelum musim perayaan.
SPAD tidak benarkan kenaikan harga tiket sebelum Hari Raya
SPAD memutuskan untuk tidak tunduk kepada permintaan pengusaha bas menaikkan harga tiket sebelum menjelang sambutan Hari Raya