awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peningkatan sentimen perkauman terhadap pekerja Bangladesh membimbangkan

Bernama
Bernama
17/02/2016
16:27 MYT
Peningkatan sentimen perkauman terhadap pekerja Bangladesh membimbangkan
ERIC: Pekerja asing tidak datang ke Malaysia untuk melakukan jenayah, membawa penyakit atau mengganggu wanita tempatan. Mereka ke sini untuk bekerja, terutama kerja yang tidak mahu dilakukan orang tempatan. -foto Facebook Eric Paulsen
Lawyers for Liberty menyuarakan kebimbangan mengenai peningkatan sentimen xenofobia dan perkauman berikutan rancangan kerajaan untuk membawa masuk 1.5 juta pekerja Bangladesh ke negara ini, dalam masa tiga tahun akan datang.
Pengarah eksekutifnya, Eric Paulsen berkata antara perkara tidak dapat diterima ialah kenyataan sesetengah pihak bahawa pekerja asing akan menjadi punca timbulnya pelbagai masalah sosial termasuk perbuatan mereka menjalin hubungan dengan wanita tempatan, peningkatan kes jenayah dan penyakit, isu keselamatan dan keganasan.
"Pekerja asing tidak datang ke Malaysia untuk melakukan jenayah, membawa penyakit atau mengganggu wanita tempatan. Mereka ke sini untuk bekerja, terutama kerja yang tidak mahu dilakukan orang tempatan.
"Kebanyakan mereka mempunyai latar belakang kemiskinan, meninggalkan segala-galanya dan menanggung banyak hutang dalam usaha mencari rezeki untuk keluarga dan diri sendiri," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata seperti di tempat lain juga, ada pekerja asing yang berkelakuan buruk atau melakukan jenayah, dan mereka ini akan dikenakan tindakan sewajarnya oleh pihak berkuasa. Dalam kenyataan Khamis lepas, Kementerian Dalam Negeri menegaskan jumlah pekerja Bangladesh yang akan dibawa masuk ke negara ini, tidak ditetapkan secara khusus kerana ia bergantung kepada keperluan dan permintaan majikan.
Menurut kementerian itu, pekerja Bangladesh yang akan dibawa masuk ke negara ini juga akan dibuat penilaian berdasarkan kelayakan mereka dan kemampuan majikan untuk mematuhi peraturan yang ditetapkan kerajaan.
Kata kementerian itu, angka '1.5 juta pekerja Bangladesh' yang heboh diperkatakan dalam liputan media, sebenarnya adalah jumlah rakyat Bangladesh yang berdaftar dengan kerajaan negara berkenaan untuk mencari pekerjaan.
Topic Berkaitan
#1.5 juta pekerja Bangladesh
#eric paulsen
#Lawyers for Liberty
#masalah sosial
#xenofobia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan