KUALA LUMPUR: Seorang penjaga kedai dobi didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas empat pertuduhan memperdaya seorang kontraktor bagi mendapatkan projek penggantian saluran paip gas di Terengganu, empat tahun lepas.
Herisyam Abdul Wahid, 48, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan itu dibacakan di hadapan Hakim Rozina Ayob.
Mengikut kesemua pertuduhan, Herisyam didakwa memperdayakan Mohd Hafidz Mohd Ismail, 41, untuk mempercayai dia boleh membantu mendapatkan projek 'Engineering, Procurement, Construction Commisioning (EPCC) for PGU-1 Pipeline Replacement in Terengganu Malaysia (Graphite)' dari Petronas Gas Berhad, sehingga mendorong mangsa menyerahkan wang tunai keseluruhan berjumlah RM163,000.
Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di beberapa lokasi di Bandar Sri Permaisuri, Cheras, Jalan Bukit Bintang dan Putrajaya antara Mac sehingga Jun 2018.
Keempat-empat pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor, Mohd Aliff Shaharuzaman menawarkan jaminan RM30,000 dengan seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan berserta syarat tambahan pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah selain perlu melapor diri di pejabat SPRM berdekatan pada minggu pertama setiap bulan sehingga kes selesai.
Peguam Mohd Baharuddin Ahmad Kassim, yang mewakili tertuduh memohon supaya jaminan rendah diberikan dengan alasan anak guamnya menanggung enam anak serta seorang isteri yang tidak bekerja.
“Sebelum ini anak guam saya bekerja sebagai kontraktor secara kecil-kecilan dan kini dia menyara kehidupan dengan bekerja sebagai penjaga di sebuah kedai dobi dengan pendapatan kira-kira RM1,500 sebulan. Setakat ini, jumlah jaminan yang berjaya anak guam saya kumpul hanya RM12,000 dengan meminjam daripada adik-beradiknya dan rakan-rakan,” kata peguam itu.
Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM12,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan dia perlu melapor diri di pejabat SPRM, Shah Alam pada minggu pertama setiap bulan sehingga kes selesai serta mengarahkan pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah.
Bagaimanapun, Herisyam memaklumkan kepada mahkamah bahawa pasportnya telah tamat tempoh dan tidak dapat dikesan dan mahkamah kemudiannya mengarahkan tertuduh mengemukakan akuan bersumpah berhubung perkara berkenaan.
Rozina turut memerintahkan tertuduh disenarai hitam daripada ke luar negara sehingga kes selesai dan menetapkan 21 Feb depan untuk sebutan semula kes. - BERNAMA
Bernama
Thu Jan 20 2022
Herisyam Abdul Wahid, mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur. - Gambar fail/BERNAMA
Microsoft labur AS1.7b di Indonesia untuk teknologi awan dan AI
Microsoft bakal melabur AS$1.7 bilion dalam tempoh empat tahun akan datang bagi pembangunan infrastruktur awan dan kecerdasan buatan di Indonesia, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Satya Nadella
Nadella sebagai berkata, pelaburan itu merupakan yang terbesar dalam sejarah 29 tahun Microsoft di negara itu.
Nadella sebagai berkata, pelaburan itu merupakan yang terbesar dalam sejarah 29 tahun Microsoft di negara itu.
Haiwan turut berisiko hadapi 'strok haba'
Gelombang haba yang melanda seluruh dunia memperlihatkan kesan jelas terhadap alam serta hidupan di muka bumi ini. Di Bangladesh misalnya, pengusaha-pengusaha kedai haiwan mencuba sedaya upaya untuk memastikan haiwan peliharaan di kedai mereka tidak mati dalam cuaca ekstrem ini.
Malaysia tewas 2-3 kepada Denmark pada aksi akhir kumpulan D
Malaysia dan Denmark masing-masing sudah pun melayakkan diri ke suku akhir selepas mencatat kemenangan 5-0 ke atas Hong Kong dan Algeria.
Fungsi JAKIM, Kementerian Perpaduan Negara berbeza - mohd na'im
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar menegaskan fungsi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) adalah berbeza dengan Kementerian Perpaduan Negara (KPN).
Sultan Nazrin dilantik pengerusi bagi tempoh dua tahun
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dilantik sebagai Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa 9 Mac 2024 hingga 8 Mac 2026.
JKN Terengganu siasat dakwaan kes keracunan makanan
Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu sedang menyiasat dakwaan kes keracunan makanan selepas dipercayai menjamah sejenis kuih membabitkan beberapa individu termasuk kanak-kanak.
Remaja warga asing samun, menyamar pegawai polis ditahan
Polis menahan remaja lelaki pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) kerana disyaki terbabit dengan kegiatan samun dan menyamar sebagai anggota polis.
Pesawah mengaku tidak bersalah
Seorang pesawah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Butterworth atas pertuduhan memuat naik mesej berbau hasutan mengaitkan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dengan aktiviti perjudian dalam satu kumpulan WhatsApp, lima hari lalu.
Terengganu tidak bincang cadangan hukuman sebat di khalayak - Azalina
Tiada sebarang perbincangan di antara Kerajaan Negeri Terengganu dan Kerajaan Persekutuan tentang cadangan pelaksanaan hukuman sebat bagi kesalahan syariah di khalayak atau tempat awam.
90 kes direkod di Kelantan dalam tempoh empat bulan
Polis Kelantan merekodkan 90 kes jenayah seksual di negeri itu dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini.
Che'gu Bard mengaku tidak bersalah dua pertuduhan
Badrul Hisham mengaku tidak bersalah, selepas semua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Siti Aminah Ghazali.
Lelaki ragut wanita di Klang menangis dipenjara lima tahun, dua sebatan
Tertuduh, Muhammad Syafiei Hasan, 24, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibaca di hadapan Hakim, Sharifah Hascindie Syed Omar.
Hafizul didakwa cuba bunuh Farah Cie, cederakan pengawal peribadi
Hafizul, 38, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim.
Pekerja swasta didakwa jual rumah tanpa lesen
Lelaki itu didakwa melakukan kesalahan berkenaan di Menara HSC di Wangsa Maju di sini pada 23 Mei 2019.
Penganggur mengaku bersalah rompak wanita guna parang
Tertuduh, Mohd Fauzan Mat Ali, 31, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nik Habri Muhamad.
Pemilik spa sediakan perkhidmatan klinik swasta haram didenda RM30,000
Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhi hukuman denda RM30,000 ke atas seorang pemilik spa kerana menyediakan perkhidmatan klinik perubatan swasta yang tidak didaftarkan, tahun lepas.
Juruteknik dipenjara enam bulan, denda RM12,000 hina kalimah Allah
Wai Loong hanya menjadi keyboard warrior serta tidak mengetahui kalimah Allah yang ditulis menghina agama Islam.
Mengaku dua tuduhan rasuah, peniaga didenda RM20,000
Dia didakwa memberi suapan wang tunai RM3,000 kepada seorang pegawai TNB sebagai satu balasan tidak mengambil tindakan penguatkuasaan.
CEO syarikat telekomunikasi didakwa tipu penganugerahan projek bernilai RM47.25 juta
Tertuduh didakwa atas dua pertuduhan menipu berhubung penganugerahan projek bernilai RM47.25 juta, tiga tahun lepas.
Pemandu trak tunda didakwa tipu urusan jual beli kereta mewah
K. Thiviyen Raj, 26, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Datin Sabariah Othman dan Hakim Azrul Darus.