KANGAR: Seorang penjaga tokong mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan merogol seorang akauntan wanita di Arau hujung Mac lepas.
Ong Poh Sun, 57, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Musyiri Peet selepas seorang jurubahasa membacakan pertuduhan kepadanya dalam Bahasa Mandarin.
Lelaki itu dituduh merogol wanita berusia 27 tahun di dalam sebuah tokong di Kampung Guar Paya di Arau kira-kira pukul 3 petang pada 29 Mac lepas.
Sehubungan itu dia didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan sekiranya didapati bersalah.
Mahkamah membenarkan lelaki itu diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan iaitu dia diperintahkan melaporkan diri di balai polis terdekat sebulan sekali, dan tidak boleh menghampiri serta mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan.
Mahkamah menetapkan 6 Mei ini untuk sebutan semula kes.
Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Alia Suzila Chek Pi manakala tertuduh diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Nurul Hanani Che Nor.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 04 2024
Lelaki itu dituduh merogol wanita berusia 27 tahun di dalam sebuah tokong di Kampung Guar Paya di Arau kira-kira pukul 3 petang pada 29 Mac lepas. - Gambar hiasan
Sarawak yakin pendapatan negeri terus meningkat - Abang Johari
Sarawak yakin kadar pendapatan negeri itu dapat terus ditingkatkan dalam tempoh dua hingga tiga tahun ini berikutan pertumbuhan ekonomi negeri yang dilihat cukup memberangsangkan.
Jenazah konstabel Ahmad Azza Fahmi selamat dikebumikan di Bidor
Jenazah konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Poh, Bidor, Perak kira-kira jam 7.20 malam Sabtu.
[TERKINI] Suspek bukan anggota JI - KPN
Polis mengenal pasti suspek yang menyerang Balai Polis Ulu Tiram, Johor pada Jumaat tiada kaitan dengan kumpulan pengganas.
Tidak wajar gelar Islam sebagai agama keganasan
Tidak wajar bagi segelintir pihak melabel Islam kononnya sebagai agama keganasan.
Ini kerana menurut Ketua Pegawai Eksekutif Chasseur Group, Felo Pelawat, International Centre For Counter-Terrorism (ICCT), The Hague, Munira Mustaffa, penggunaan agama dalam melancarkan agenda keganasan merupakan taktik kumpulan pengganas dalam merekrut ahli yang memiliki fahaman sama.
Ini kerana menurut Ketua Pegawai Eksekutif Chasseur Group, Felo Pelawat, International Centre For Counter-Terrorism (ICCT), The Hague, Munira Mustaffa, penggunaan agama dalam melancarkan agenda keganasan merupakan taktik kumpulan pengganas dalam merekrut ahli yang memiliki fahaman sama.
MoU,MoA UUM dengan BFA tingkat kualiti pendidikan tinggi - Dr Mohd Foad
Lawatan rasmi Anwar ke Uzbekistan membuka peluang kepada kerjasama pendidikan tinggi apabila UUM menandatangani MoU dan MoA dengan institusi pendidikan tinggi negara itu.
Provinsi Hainan, 'Hawaii China' yang tidak pernah tidur
Keunikan seni bina warisan serta khazanah sejarahnya dari Tembok Besar China, monumen Tiananmen mahupun Kota Larangan membuatkan pelancong seluruh dunia berpusu-pusu datang.
Angka korban rakyat Palestin di Gaza hampiri 35,400 orang
Sekurang-kurangnya 35,386 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza sejak 7 Okt tahun lepas, kata Kementerian Kesihatan di wilayah yang terkepung itu pada Sabtu.
Dua wanita Vietnam cedera cuba lari pemeriksaan imigresen
Insiden itu berlaku di sebuah pusat hiburan iaitu daripada keseluruhan 12 premis yang diperiksa semasa operasi dijalankan JIMNS di sekitar Seremban dan Tampin.
PM Anwar saksikan pertukaran enam MoU antara Malaysia dan Uzbekistan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyaksikan pertukaran enam MoU antara Malaysia dan Uzbekistan di sini pada Sabtu, untuk kerjasama dalam pelbagai bidang antara kedua-dua negara.
Tahap keselamatan balai, tempat kunjungan ramai perlu ditingkatkan - Lee Lam Thye
Tahap keselamatan di semua balai polis dan tempat-tempat yang sering dikunjung ramai perlu ditingkatkan segera.
Penjaga tokong mengaku tidak bersalah rogol akauntan wanita
Seorang penjaga tokong mengaku tidak bersalah atas pertuduhan merogol seorang akauntan wanita di Arau.
Juruteknik mati selepas bergaduh dengan penjaga tokong
Suspek kini direman selama tujuh hari bermula Sabtu bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.