awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Nasi ambeng... Satu dulang seribu makna
TASK raih kutipan hampir RM4 juta tahun 2026
Meta, TikTok dan Google perkukuh ciri keselamatan digital remaja
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penjagaan ozon: Tenaga hijau akan jadi agenda utama Sarawak - Abang Jo

Bernama
Bernama
11/01/2023
09:29 MYT
Penjagaan ozon: Tenaga hijau akan jadi agenda utama Sarawak - Abang Jo
Abang Johari Tun Openg berkata permukaan bumi kini semakin panas dan manusia perlu mencari cara untuk merendahkan suhu atmospera. - Gambar fail
KUCHING: Mempromosikan tenaga hijau akan menjadi antara agenda utama kerajaan Sarawak dalam usaha meningkatkan penjagaan dan perlindungan lapisan ozon dunia.
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata permukaan bumi kini semakin panas dan manusia perlu mencari cara untuk merendahkan suhu atmospera.
Beliau berkata salah satu cara untuk memperbaiki situasi itu ialah dengan penyelidikan penggunaan hidrogen sebagai sumber bahan api untuk tenaga.
"Air boleh mempunyai efek penyejukan dan air terdiri daripada hidrogen dan oksigen... dan hidrogen merupakan satu bentuk tenaga baharu.
"Sarawak mempunyai banyak air, kita ada empangan yang sangat besar seperti empangan Bakun, sungai dan taburan hujan yang menghasilkan air dan mempromosikan penggunaan hidrogen (sebagai tenaga alternatif)," katanya.
Abang Johari berkata demikian ketika berucap di Konvokesyen ke-7 Pusat Kecemerlangan Teknologi Sarawak (CENTEXS), di sini hari ini.
Sejumlah 1,241 graduan menerima sijil masing-masing ketika majlis konvokesyen tersebut.
Semalam media melaporkan bahawa satu panel pakar antarabangsa yang disokong Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendapati, lapisan ozon dunia semakin memulih.
Lapisan ozon bertindak selaku lapisan melindungi bumi daripada radiasi sinar ultraviolet matahari.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#penjagaan ozon
#Kerajaan Sarawak
#tenaga hijau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan