awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MB Perlis dibenarkan keluar hospital
Jumlah bayi lahir hidup di Filipina merosot kepada sekitar 1.36 juta pada 2024
Tiga kanak-kanak, seorang dewasa parah dalam letupan berhampiran Paris
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penjana Kerjaya: Kemuka dokumen palsu, pemilik syarikat didenda RM25,000

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
14/03/2023
10:26 MYT
Penjana Kerjaya: Kemuka dokumen palsu, pemilik syarikat didenda RM25,000
Ezza Suria didenda RM25,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini terhadap dua pertuduhan memalsukan dokumen tiga tahun lepas. - Foto BERNAMA
KUALA TERENGGANU: Seorang pemilik syarikat didenda sebanyak RM25,000 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu atas dua pertuduhan memalsukan dokumen berkaitan Dana Insentif Program Penjana Kerjaya 1.0 (Penjana Kerjaya).
Hukuman itu diputuskan Hakim Mohd Azhar Othman selepas tertuduh, Ezza Suria Muda, 38, mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan pilihan yang dibacakan terhadapnya.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah memalsukan Borang Pendaftaran Pekerja di bawah Peraturan-Peraturan (Am) Keselamatan Sosial Pekerja 1971 (peraturan 10, 12 dan 12A) bertarikh 3 November dan 23 November 2020.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Akademi Binaan Malaysia Wilayah Timur, Hulu Terengganu.
Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 465 kanun yang sama.
Bagi pertuduhan pilihan pertama, mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM10,000 manakala bagi pertuduhan kedua denda sebanyak RM15,000.
Tertuduh juga turut berdepan hukuman penjara dua dan tiga bulan jika gagal menjelaskan denda berkenaan.
Selain itu mahkamah turut mengarahkan wang sebanyak RM309,000 di dalam akaun syarikat tertuduh dilucut hak.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Farah Yasmin Salleh.
Manakala tertuduh diwakili peguam, Datuk Syed Azimal Amir dan Ahmad Fauzi Mohamed.
Topic Berkaitan
#pemilik syarikat didenda
#Penjana Kerjaya
#Mahkamah Kuala Terengganu
#palsukan dokumen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan