PUTRAJAYA: Kira-kira 1.6 juta penjawat awam bakal berpeluang membeli atau memperbaharui insurans kenderaan mereka secara ansuran tanpa sebarang faedah menerusi program Pembiayaan Insurans Kenderaan Keluarga Malaysia myezycover.com.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pakej pembiayaan secara ansuran sehingga 10 bulan tanpa sebarang caj faedah itu turut ditawarkan kepada mereka yang bertaraf kontrak.
"Penjawat awam tetap dan bertaraf kontrak, layak memohon skim Pembiayaan Insurans Kenderaan Keluarga Malaysia dengan syarat, nisbah hutang tidak melebihi 60 peratus daripada jumlah pendapatan bulanan.
"Inisiatif ini tidak berorentasikan komersial semata-mata. Apa yang paling penting, ia dapat membantu merealisasi konsep Keluarga Malaysia berasaskan indeks kebahagiaan yang menjadi tanda aras komitmen dan kesungguhan kerajaan.
"Pada masa sama, usaha ini dapat membantu pegawai kerajaan mengurangkan tekanan kewangan, setiap kali mereka memperbaharui insurans kenderaan dan cukai jalan," ketika berucap merasmikan program Pembiayaan Insurans Kenderaan Keluarga Malaysia di sini, pada Jumaat.
Menjelaskan lanjut, Perdana Menteri berkata, beliau juga telah berbincang dengan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan supaya program itu diperluaskan kepada kakitangan syarikat berkaitan kerajaan (GLC), syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan sektor swasta dalam masa terdekat.
Menurut Ismail Sabri, menerusi program itu, penjawat awam boleh memperbaharui insurans kenderaan di hujung jari dengan mudah, jimat serta pantas, sementara nota perlindungan insurans boleh diperoleh dalam tempoh lima minit.
Dalam pada itu, beliau memberitahu, pembiayaan itu juga berlandaskan konsep patuh syariah Qardhul Hasan yang merupakan pinjaman tidak melibatkan faedah atau unsur riba.
"Dengan pelbagai manfaat yang ditawarkan, penjawat awam boleh mengambil perlindungan tambahan yang lebih komprehensif untuk kenderaan masing-masing.
"Ini bagi memastikan kenderaan dan penumpang berupaya dilindungi daripada kemalangan serta bencana alam seperti banjir, tanah runtuh dan sebagainya," ujarnya.
Umavathi Ramayah
Fri Jul 01 2022

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (tengah) merasmikan program Pembiayaan Insurans Kenderaan Keluarga Malaysia di Putrajaya, pada Jumaat.

PPVN akan beri tumpuan hasilkan pelbagai jenis vaksin
Jawatankuasa Kecil Rangkaian Kerjasama Vaksin bermesyuarat pada 7 Jun untuk mengenal pasti jenis vaksin yang akan dibangunkan.

Cuepacs harap khabar gembira untuk penjawat awam 30 Ogos ini
Cuepacs berharap kerajaan dapat melaksanakan sistem saraan lebih berkesan yang menyeluruh, adil serta saksama untuk semua penjawat awam di negara ini.

Jangan lewatkan kelulusan pekerja asing - FMM
Persekutuan Pengilang-Pengilang Malaysia (FMM) mengulangi gesaan agar prosedur permohonan semasa untuk kelulusan pekerja asing dikekalkan bagi menjamin kelicinan keputusan.

Malaysia sokong, bekerjasama dalam program UN-Habitat - PM
Kerajaan yakin UN-Habitat akan terus cemerlang di bawah kepemimpinan Maimunah bagi menjayakan aktiviti dan program berkaitan SDG.

Penulis kontroversi Salman Rushdie cedera ditikam atas pentas
Penulis kontroversi Salman Rushdie, cedera selepas ditikam di atas pentas di sebuah acara di Institut Chautauqua, New York pada Jumaat.

Isu iPay88 | K-KOMM ambil tindakan serta-merta
Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) sudah mengambil tindakan serta merta berhubung insiden keselamatan siber membabitkan penyedia penyelesaian pembayaran dalam talian, iPay88. Menterinya, Tan Sri Annuar Musa berkata perkara itu dilakukan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC), Jabatan Perlindungan Data Peribadi dan Cyber Security Malaysia (CSM) yang mengadakan pertemuan dengan pihak iPay88 pada Jumaat.
![[TERKINI] Penulis novel, Salman Rushdie diserang [TERKINI] Penulis novel, Salman Rushdie diserang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1982384/thumbnails/28747943721660322823997_640x360.jpg)
[TERKINI] Penulis novel, Salman Rushdie diserang
Penulis novel kontroversi, Salman Rushdie, diserang ketika beliau hendak memberi syarahan di New York, pada Jumaat. Serangan dilakukan oleh seorang lelaki yang belum dikenal pasti.

Polis nafi kasari suspek kes dadah
Polis menafikan dakwaan bahawa seorang suspek telah dikasari sehingga menyebabkan kecederaan serius dalam satu serbuan di Seri Manjung, Lumut seperti yang tular di akaun Twitter seorang pemilik.

Malaysia-Qatar | Pertingkat hubungan dagangan kedua-dua negara
Qatar dan Malaysia bersetuju untuk mengukuhkan lagi hubungan dua hala yang sedia ada dan juga komited untuk meningkatkan keupayaan hubungan dagangan antara kedua-dua negara.

Pertahanan | Latihan ketenteraan bersepadu perkukuh Indo-Pasifik
Lebih 5,000 tentera dari Amerika Syarikat (AS), Australia, Jepun, Singapura dan Indonesia terlibat dalam latihan ketenteraan bersama berhampiran kepulauan Sumatera pada Jumaat, terbesar sejak dimulakan pada 2009. Diadakan setiap tahun serta diketuai oleh AS dan Indonesia, ia bertujuan memperkukuh kerjasama serantau selain kebimbangan yang semakin meningkat akibat perluasan pengaruh China di kawasan Indo-Pasifik.

Penjawat awam bakal nikmati skim ansuran beli, baharui insurans kenderaan - PM
Pakej pembiayaan secara ansuran sehingga 10 bulan tanpa faedah ditawarkan kepada penjawat awam tetap dan kontrak.

Penjawat awam B40 boleh beli takaful kenderaan secara ansuran - Saravanan
Kira-kira 1.7 juta penjawat awam daripada golongan B40 kini berpeluang membeli atau memperbaharui takaful (insurans) kenderaan secara ansuran tanpa sebarang faedah melalui pelaksanaan Skim MyezyCover.

JPJ laksana Ops Sedar bermula esok, kesan kenderaan tiada insurans
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan Ops Sedar di seluruh negara bermula esok bagi memantau pemilik kenderaan yang gagal memiliki perlindungan insurans kenderaan motor.

Penjawat awam boleh bayar insurans kenderaan, cukai jalan melalui potongan gaji
Penjawat awam berpeluang membuat pembayaran ansuran untuk memperbaharui insurans kenderaan bermotor milik sendiri dan cukai jalan tanpa faedah melalui potongan gaji.

Penganalisis data ditahan buat laporan palsu tuntut wang insurans untuk majlis kahwin
Lelaki berusia 25 tahun ditahan anggota JSJ Port Dickson dan JSJ Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan kira-kira pukul 1.30 tengah hari.

Ganjaran NCD kurangkan risiko kemalangan maut
Ia juga akan menjadi satu bentuk pulangan semula dengan pengiktirafan kepada pengguna jalan raya yang secara konsisten mematuhi peraturan ditetapkan.