awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
Penutupan sebahagian kerajaan AS masuk hari ketiga akibat kebuntuan pembiayaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penjawat awam di negeri pembangkang turut layak mohon PPA1M - PM Najib

Bernama
Bernama
24/03/2017
23:49 MYT
Penjawat awam di negeri pembangkang turut layak mohon PPA1M - PM Najib
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika melihat model rumah pada majlis pelancaran PPA1M di Taman Metropolitan, Kepong, pada 26 Mei, 2016. - Gambar fail / BERNAMA
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata penjawat awam yang bekerja di negeri pembangkang turut layak memohon untuk Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M).
Perdana menteri berkata harga rumah PPA1M yang harganya kurang daripada RM300,000 dan lebih rendah daripada harga pasaran itu adalah bagi membantu penjawat awam di seluruh negara.
"Bukan itu sahaja penjawat awam yang bekerja di negeri pembangkang pun layak mohon. Ini bukti kerajaan tetap hulur bantuan tak kira fahaman politik," katanya dalam entri blognya www.najibrazak.com.
Beliau turut menjelaskan beberapa program perumahan lain yang diusahakan kerajaan bagi 'memenuhi impian dan kehendak rakyat'.
Najib berkata Program Perumahan Rakyat (PPR) diusahakan oleh kerajaan untuk memenuhi kehendak rakyat kategori B40, iaitu golongan berpendapatan rendah.
"Ia boleh dimiliki dengan harga yang rendah iaitu RM35 ribu seunit di Semenanjung, dan RM42 ribu seunit di Sabah dan Sarawak.
Malah, kerajaan juga menyediakan PPR untuk disewa pada kadar RM124 sebulan sahaja," katanya.
Di samping itu satu skim baru, skim sewa-beli telahpun diperkenalkan yang mana pada peringkat awal rumah itu disewa dan kemudian dapat dimiliki oleh penghuni yang berkenaan, katanya.
Manakala, bagi rumah PR1MA, ia adalah untuk rakyat kategori M40 iaitu berpendapatan sederhana, terletak di lokasi-lokasi yang strategik di tengah-tengah bandar ataupun pinggir bandar dengan harga antara RM150,000 hingga RM400,000 seunit.
"Rumah-rumah tersebut dijual pada harga tidak kurang 20 peratus lebih rendah daripada harga pasaran," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Najib Razak
#negeri pembangkang
#penjawat awam
#PPA1M
#PR1MA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan