PUTRAJAYA:Bersedialah untuk menerima tindakan dan dikenakan hukuman.
Itulah peringatan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali kepada 1.6 juta penjawat awam sekiranya mereka melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang dilaksanakan kerajaan ketika ini.
Beliau berkata tindakan undang-undang diputuskan kerajaan tidak akan terkecuali kepada mereka yang melanggar arahan pematuhan ditetapkan itu termasuklah terhadap penjawat awam sendiri.
“Sama sahaja. Sekiranya mereka melanggar prosedur (PKP) mereka akan tetap dikenakan hukuman. Jadi peringatan kepada penjawat awam, sekiranya mereka ini tidak bersedia untuk dikenakan tindakan, hendaklah mematuhi SOP yang telah diputuskan dalam PKP,” katanya.
Bercakap kepada Bernama dalam satu temu bual eksklusif di pejabatnya di Putrajaya baru-baru ini, Mohd Zuki menegaskan setiap keputusan diambil dan dilaksanakan kerajaan itu adalah untuk memutuskan rantaian penularan pandemik COVID-19 yang kini semakin meningkat setiap hari.
Sebelum ini dilapor Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Adnan Mat berkata penjawat awam dan pesara kerajaan yang dikenakan tindakan undang-undang kerana mengingkari PKP bakal berdepan kemungkinan kehilangan segala keistimewaan dinikmati selama ini.
Menurut beliau, tidak ada mana-mana individu boleh terlepas daripada tindakan undang-undang, walaupun sedang berkhidmat atau bersara daripada perkhidmatan.
PKP dikuatkuasakan di Pulau Pinang, Selangor, Melaka, Johor, Sabah, Kelantan serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sehingga 26 Jan ini.
Bagaimanapun di Sarawak, pelaksanaan PKP bermula 16 Jan hingga 29 Jan melibatkan tiga daerah di Bahagian Sibu iaitu daerah Sibu, Selangau dan Kanowit.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 18 2021

Mohd Zuki berkata tindakan undang-undang diputuskan kerajaan tidak akan terkecuali kepada mereka yang melanggar arahan pematuhan ditetapkan itu termasuklah terhadap penjawat awam sendiri.- Gambar fail

Sukan Olimpik: 264 atlet, pegawai terima suntikan vaksin COVID-19 pada April - Reezal Merican
Seramai 264 atlet dan pegawai yang akan mewakili negara ke kejohanan antarabangsa dalam misi melayakkan diri ke Sukan Olimpik di Tokyo dijangka menerima suntikan vaksin COVID-19 bermula April depan.

Pegawai, anggota polis ditahan sertai parti liar
Hasil saringan air kencing mendapati pegawai dan empat anggota itu positif dadah jenis Amphetamine dan Methaphetamine.

Darell Leiking sahkan Adun Sebatik keluar Warisan
Darell Leiking mengesahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sebatik, Hassan A Gani Pg Amir sudah keluar daripada parti itu.

Nasib 700 pekerja kilang tayar Silverstone Taiping akan dibela - Exco
Setakat ini 200 pekerja syarikat Silverstone telah diserapkan ke kilang Toyo Tire Malaysia Sdn Bhd.

Lim Guan Eng menang rayuan berhubung ganti rugi kes saman terhadap Perkasa
Mahkamah membenarkan kos RM50,000 diberikan kepada Lim, yang merupakan Setiausaha Agung DAP dan juga bekas Menteri Kewangan.

Nadal tarik diri daripada Terbuka Rotterdam kerana kecederaan belakang
Pemain nombor dua dunia itu sepatutnya akan mewakili Sepanyol dalam kejohanan di Rotterdam Ahoy itu minggu depan.

Akta 446: Kerajaan dicadang sediakan insentif kepada majikan, kontraktor
Kerajaan dicadang memberikan insentif atau subsidi kepada majikan dan kontraktor bagi memastikan mereka dapat menyediakan penempatan lebih baik kepada pekerja serta memutuskan rantaian COVID-19.

Azhar Harun sedih ada rakan putuskan hubungan bila dilantik Speaker Dewan Rakyat
Azhar memberitahu teman-temannya berubah sikap dan menjadi "seolah-olah mereka bukan kawan" apabila beliau dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat.

AWANI Ringkas: Masih ramai tidak percaya, tidak yakin

Intelek gesa NGO bantu sedia kelas pasca PdPR
Pertubuhan Intelek Wawasan Malaysia (Intelek) menggesa lebih banyak NGO tampil membantu menyediakan kelas kepada pelajar pada fasa pasca pelaksanaan PDPR.

Cuepacs cadang wujud pasukan pemantau bebas KKM kaji masalah kemudahan kesihatan
Cuepacs mencadangkan KKM menubuhkan pasukan pemantau bebas di setiap negeri bagi menilai dan mengkaji setiap permasalahan yang berlaku di fasiliti atau kemudahan kesihatan dengan segera.

Penjawat awam ingkar PKP bakal dikenakan tindakan - KSN
Bersedialah untuk menerima tindakan dan dikenakan hukuman.

PKP: CUEPACS jamin sistem penyampaian perkhidmatan awam berjalan seperti biasa
CUEPACS memberi jaminan sistem penyampaian perkhidmatan awam akan terus berjalan seperti biasa mengikut prosedur operasi standard (SOP).

Cuepacs gesa KKM selesai isu buli, elak jadi 'barah'
Perkara yang didedahkan Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) itu melibatkan golongan muda yang berusia 26 hingga 35 tahun.

Cuepacs bantah tindakan terhadap kakitangan hospital gagal patuh SOP COVID-19
Mereka yang berkenaan diminta tidak terus membuat sebarang kenyataan berbentuk hukuman kepada pihak lain tanpa mengetahui situasi sebenar.

Penyelarasan elaun perumahan langkah baik - Cuepacs
Langkah itu juga dilihat mampu memperkasakan lagi sistem perkhidmatan awam terutama dalam soal kebajikan warganya.

Belanjawan 2021: Cuepacs harap blok pembangkang dan kerajaan cari titik persefahaman
Cuepacs melahirkan penghargaan kepada kerajaan kerana menimbang cadangan kongres itu untuk memanjangkan bantuan khas kepada lebih ramai petugas barisan hadapan.

Cuepacs mahu Ahli Parlimen Bintulu mohon maaf isu kenyataan 'DG takut mati
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mendesak Ahli Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing memohon maaf susulan kenyataan "DG (Ketua Pengarah Kesihatan) takut mati".

Cuepacs gesa kerajaan perluas pemberian one-off RM500
Adnan berkata, jumlah 100,000 petugas KKM yang dimaklumkan dalam Belanjawan 2021, tidak meliputi kesemua petugas barisan hadapan di kementerian terbabit.

Belanjawan 2021: Kerajaan utamakan perkhidmatan awam - CUEPACS
Adnan berkata, keutamaan kerajaan, meliputi aspek pemerkasaan sistem perkhidmatan dan hal-hal kebajikan penjawat awam, menunjukkan kerajaan mempertimbangkan cadangan CUEPACS sebelum ini.