awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penjawat awam P. Pinang terima 'duit raya' setengah bulan gaji atau minimum RM1,000

Bernama
Bernama
05/03/2025
02:30 MYT
Penjawat awam P. Pinang terima 'duit raya' setengah bulan gaji atau minimum RM1,000
Kerajaan Pulau Pinang meluluskan bayaran Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada anggota perkhidmatan awam negeri sempena Aidilfitri ini. - Gambar hiasan
GEORGE TOWN: Kerajaan Pulau Pinang meluluskan bayaran Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada anggota perkhidmatan awam negeri sempena Aidilfitri ini.
Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang dalam kenyataan hari ini memaklumkan, pembayaran akan dibuat bermula 19 Mac ini melibatkan 7,066 penerima
Menurut kenyataan itu, BKK tersebut dianggarkan membabitkan implikasi kewangan berjumlah RM7.81 juta kepada kerajaan negeri.
“Ia sebagai penghargaan kepada semua anggota perkhidmatan awam negeri atas sumbangan dan komitmen tidak berbelah bahagi dalam merealisasikan Visi Penang 2030, iaitu ke arah sebuah Negeri Pintar dan Hijau Berteraskan Keluarga Inspirasi Negara,” menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu turut memaklumkan, BKK berjumlah RM300 juga bakal diberikan kepada penyelia, guru serta petugas Kelas Al-Quran dan Fardu Ain, sekolah rendah agama rakyat, sekolah menengah agama rakyat, sekolah agama bantuan kerajaan, tahfiz, pondok, tadika Islam dan sekolah persendirian Cina Pulau Pinang.
Menurut kenyataan itu lagi pemberian tersebut turut dipanjangkan kepada semua pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Badan Berkanun Negeri tertakluk pada kemampuan kewangan masing-masing. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#pulau pinang
#penjawat awam
#duit raya
#bantuan khas kewangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan