REMBAU: Penjawat awam secara kolektif perlu bertindak sebagai penggerak dan ejen utama dalam menyebarluaskan konsep Malaysia MADANI bagi memastikan rakyat dapat memahami sekali gus menjayakan agenda itu di peringkat negeri dan nasional.
Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun berkata menerusi Program Penggerak MADANI peringkat negeri, ketua-ketua jabatan kerajaan negeri dan Persekutuan dapat berfikir secara strategik serta menghasilkan nilai karamah insaniah yang tinggi dan berdaya saing dalam persekitaran organisasi masing-masing.
"Hasrat kami agar peserta dapat memperkukuhkan kefahaman berkaitan Malaysia MADANI dan hubung kaitnya dalam dasar perancangan negeri dan negara serta pelaksanaannya.
"Agenda pembudayaan MADANI ini telah bermula sejak September tahun lepas mengikut kumpulan sasar yang ditetapkan...ia bermula dengan Kem Generasi MADANI melibatkan pelajar Tingkatan 4 dari seluruh negeri ini," katanya ketika berucap pada Program Penggerak MADANI Negeri Sembilan (Ketua-Ketua Jabatan Kerajaan Negeri dan Persekutuan) di Kem Wawasan Negara Ulu Sepri di sini semalam.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir merasmikan program itu yang disertai 120 penjawat awam negeri dan Persekutuan.
Aminuddin berkata setakat ini tiga kohort dengan sebanyak 360 pelajar Tingkatan 4 terlibat dalam program ini yang dijalankan di Kem Pusako, Batu Kikir, selain Program Pembinaan Karakter Bangsa yang melibatkan pelajar prauniversiti (Tingkatan 6).
Beliau berkata menerusi belanjawan tahun ini, kerajaan negeri juga memperuntukan RM500,000 untuk program Pembangunan Karakter Bangsa.
"Kumpulan sasar seterusnya adalah petugas kerajaan. Kita telah berjaya melaksanakan Program Penggerak MADANI Siri-1 dengan melibatkan 120 peserta dalam kalangan warga kerajaan Negeri Sembilan gred 44 hingga gred 52 pada 13-15 Dis lepas," katanya.
Beliau berkata usaha itu adalah tindakan proaktif dijalankan oleh kerajaan negeri bagi mendokong agenda pembudayaan MADANI di peringkat negeri.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 01 2024
Aminuddin (kiri) hadir mengiringi Anwar ketika sesi dialog pada Program Sepetang Perdana Menteri bersama Penggerak Madani Negeri Sembilan di Kem Wawasan Negara, Ulu Sepri, Rembau, semalam. -- fotoBERNAMA
Tiada tepung di pasaran tempatan mengandungi benzoil peroksida melebihi kadar dibenarkan - KKM
Tiada mana-mana jenama tepung di pasaran tempatan mengandungi benzoil peroksida melebihi paras yang dibenarkan di bawah undang-undang.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Menurut Jawatankuasa Pemandu FFC, Ann Wright, pihaknya akan memaklumkan perkembangan terbaharu kepada semua delegasi terlibat sekiranya tarikh akhir pelayaran ditetapkan.
Bytedance enggan jual TikTok di Amerika Syarikat
BYTEDANCE kini mengatakan mereka tidak akan menjual perniagaan TikTok di Amerika Syarikat (AS).
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Cegah jenayah: Kerjasama komuniti kekang jenayah secara holistik
Jelasnya, program seumpama ini diharap dapat memberikan pendedahan tentang pencegahan jenayah dan menzahirkan aspirasi PDRM untuk penglibatan aktif warga komuniti dalam memerangi aktiviti jenayah.
PRK Kuala Kubu Baharu: Boon Lai tarik diri saat akhir
Hasrat Chng Boon Lai menjadi salah seorang calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu tidak kesampaian.
PRK N06 KKB: Kerajaan Perpaduan akan dibebani dengan isu semasa - Muhyiddin
Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Baharu kali ini akan menyaksikan Kerajaan Perpaduan ‘dibebani’ dengan isu-isu semasa yang dilihat membebankan rakyat, tegas bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
PRK N06 KKB: UMNO, BN dukung calon PH demi Kerajaan Perpaduan – Ahmad Zahid
UMNO dan Barisan Nasional berpegang kepada prinsip mendukung calon yang mewakili Kerajaan Perpaduan, iaitu Pang Sock Tao, biarpun beliau berasal daripada parti DAP yang pernah menjadi seteru mereka satu ketika dulu.
PRK Kuala Kubu Baharu: Isu akademik, Khairul Azhari mahu fokus pilihan raya
Calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu, Khairul Azhari Saut enggan mengulas kontroversi melibatkan kelayakan akademiknya yang tular.
AWANI Ringkas: Pertembungan PKR, PN, PRM & Bebas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PADU: Kerajaan perlu lebih fokus mengenai cara untuk mempertingkatkan keyakinan - Pakar
Kerajaan perlu lebih fokus mengenai cara untuk mempertingkatkan keyakinan pengguna untuk memastikan pendaftaran sistem PADU berjaya.
Kejayaan Bumiputera penting untuk kejayaan Malaysia Madani - Nga
Nga Kor Ming berkata kejayaan masyarakat Bumiputera penting untuk menjayakan aspirasi Malaysia Madani yang inklusif merangkumi semua kaum.
Kerajaan akui wanita mainkan peranan penting dalam memacu kemakmuran
Kerajaan komited meletakkan kepentingan pemerkasaan wanita dan kemajuan rakyat menerusi konsep Malaysia MADANI.
Program MADANI Rakyat: Pengurangan kadar saman trafik hanya bagi kesalahan terpilih
Pembayaran hanya boleh dibuat di tapak program, tertakluk pada terma dan syarat.
Bayaran insentif awal dorong penjawat awam bina Malaysia MADANI
Ia akan menjadi pendorong kepada penjawat awam untuk bekerja sebagai satu pasukan bagi membina Malaysia MADANI.
Tol percuma sempena Krismas pada 23, 26 Disember
Pengguna lebuh raya diberi kemudahan tol percuma selama dua hari pada 23 dan 26 Disember sempena cuti sambutan Krismas.
Ahli Kabinet BN diharap wujudkan kolaborasi efektif dengan ahli Kabinet lain - Zahid Hamidi
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berharap ahli-ahli Kabinet Barisan Nasional mewujudkan kolaborasi yang efektif dengan ahli Kabinet lain.
PM mahu penjawat awam teruskan prestasi cemerlang ke 2024
Anwar berkata, nilai-nilai baik yang mendasari Malaysia MADANI, mampu mengangkat martabat dan darjat negara.
Anwar rasmi penutup program Setahun Bersama Kerajaan Madani
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini merasmikan majlis penutup Program Setahun Bersama Kerajaan Madani di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil.
COVID-19 dijangka terus meningkat, tetapi masih terkawal - Dr Zaliha
KKM menggalakkan rakyat untuk terus mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) sedia ada.