awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penjawat awam, pengurus syarikat direman seleweng RM3.5 juta peruntukan Sukma

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
11/04/2019
03:56 MYT
Penjawat awam, pengurus syarikat direman seleweng RM3.5 juta peruntukan Sukma
Majistret menetapkan penjawat awam ditahan reman selama enam hari manakala pengurus syarikat, lima hari, bagi membantu siasatan. - Gambar hiasan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang penjawat awam kerajaan negeri dan seorang pengurus sebuah syarikat pengurusan acara, berhubung penyelewengan peruntukan kerja-kerja pembekalan Sukan Malaysia (Sukma) 2018, bernilai RM3.5 juta.
Penjawat awam berumur 44 tahun dan pengurus berumur 39 tahun, kedua-duanya lelaki, ditahan ketika memberi keterangan di pejabat SPRM di sini pada 4.30 petang Rabu.
Pengarah SPRM Perak, Datuk Mohd Fauzi Mohamad mengesahkan penahanan itu dan memaklumkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 17 (a) dan Seksyen 23 Akta SPRM 2009.
Kedua-dua suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Ipoh pada Khamis untuk mendapatkan perintah reman.
Majistret Nur Melati Diana Abdul Wahab menetapkan penjawat awam ditahan reman selama enam hari manakala pengurus syarikat, lima hari, bagi membantu siasatan.
Perak menjadi tuan rumah Sukma 2018 yang berlangsung di seluruh negeri dari 11 hingga 22 September.
Penjawat awam tersebut dikatakan turut menerima rasuah melebihi RM165,000 dari pembekal-pembekal yang dipilih untuk pembekalan dan sewaan bagi temasya berkenaan.
Empat orang pengurus syarikat berumur antara 40 dan 77 tahun yang dikatakan terlibat dalam kes penyelewengan wang peruntukan Sukma 2018 turut ditahan pada Rabu tetapi dilepaskan dengan jaminan setelah rakaman percakapan mereka diambil.
Topic Berkaitan
#Ipoh
#mahkamah
#Mahkamah Majistret
#Mohd Fauzi Mohamad
#penjawat awam
#Perak
#Rasuah
#reman
#siasatan
#SPRM
#SUKMA
#suspek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan