Penjawat awam yang berkhidmat secara tetap atau kontrak yang dipilih sebagai calon bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada 9 Mei depan, perlu meletakkan jawatan masing-masing, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.
Beliau berkata adalah menjadi tanggungjawab penjawat awam untuk mematuhi prosedur itu yang dilaksanakan sebelum ini.
"Kita kena tengok jumlah (penjawat awam menjadi calon) selepas berlangsungnya penamaan calon Sabtu ini, pada hari tersebut automatik semuanya akan terjawab," katanya kepada pemberita pada Program Ziarah Kebajikan Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (Puspanita) di Hospital Kuala Krai (HKK) di sini, pada Isnin.
Turut hadir Yang Dipertua Puspanita Datuk Seri Rohani Abdullah, Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan Datuk Ahmad Razin Ahmad Mahir dan Pengarah HKK Dr Mohd Salleh Mat Jusoh.
Pada program itu, Ali yang juga penasihat Puspanita turut menyerahkan sumbangan daripada persatuan itu berjumlah RM103,000 kepada HKK bagi pembelian peralatan dan ubat-ubatan hospital berkenaan selain sumbangan kepada pesakit.
Terdahulu, beliau yang dalam rangka lawatan selama dua hari di Kelantan meluangkan masa melawat hospital baharu Kuala Krai, di sini yang dilaporkan 99 peratus siap.
Beliau berkata pembinaan hospital yang dilengkapi peralatan canggih dengan kos RM300 juta tersebut menunjukkan kerajaan persekutuan benar-benar ingin membantu rakyat Kelantan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 23 2018
ALI HAMSA: Adalah menjadi tanggungjawab penjawat awam untuk mematuhi prosedur itu yang dilaksanakan sebelum ini.
AWANI Ringkas: Laporan interim nahas helikopter TLDM dalam dua minggu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Nahas helikopter Lumut: Semua jenazah dibawa keluar dari HRPB
Semua jenazah anggota TLDM yang maut dalam nahas helikopter di Lumut dibawa keluar daripada Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun pada Rabu.
Lebih sebulan berlalu, polis masih kesan pemilik sebenar wang RM500,000 dalam bagasi
Polis masih mengesan pemilik sebenar wang tunai lebih RM500,000 yang ditemui dalam bagasi di tempat letak kereta sebuah pusat beli-belah di Damansara pada 20 Mac lalu.
Freedom Flotilla to Gaza: "Ini panggilan daripada Allah" - Dr Sharifah Mazlina
Beliau bersyukur kerana permohonan menyertai misi ini diluluskan biarpun hanya sempat mengisi borang penyertaan di saat akhir.
Bersatu beri bayangan ketengah calon Melayu
Bersatu beri bayangan calon yang akan diketengahkan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu Mei ini ialah calon Melayu.
Proses bedah siasat 10 mangsa selesai
Proses bedah siasat melibatkan 10 mangsa nahas helikopter terhempas di Lumut yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) selesai pada jam 2.20 petang Rabu
[TERKINI] Laporan interim dalam tempoh dua minggu
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Khaled Nordin menyatakan komitmen tersebut pada mesyuarat kabinet yang diadakan pada Rabu.
Tak boleh tolak permohonan pasport jika pemohon tidak fasih Bahasa Melayu - JIM
JIM tidak dibenarkan untuk menolak sebarang permohonan pasport hanya kerana pelanggan gagal menguasai bahasa kebangsaan.
Lima penjawat awam direman bantu siasatan kes terima suapan
Lima penjawat awam direman bagi membantu siasatan kes menerima suapan RM3,000 hingga RM15,000 daripada kontraktor berkait kerja pembersihan.
AFPPD pilih Malaysia jadi tuan rumah pejabat sekretariat
Forum Ahli Parlimen Negara Asia Mengenai Populasi dan Pembangunan (AFPPD) memilih Malaysia sebagai pilihan utama untuk menempatkan pejabat sekretariatnya.
Ali Hamsa refers to talking points given by PMO during 1MDB meeting
The trial before Judge Mohamed Zaini Mazlan continues this Wednesday.
Penjawat awam perlu letak jawatan jika jadi calon - KSN
Penjawat awam yang berkhidmat secara tetap atau kontrak yang dipilih sebagai calon bagi PRU14, perlu meletakkan jawatan masing-masing.
Kerajaan cadang perkenalkan skim sewa beli rumah penjawat awam
Kerajaan bercadang memperkenalkan Skim Sewa Beli bagi membantu penjawat awam, terutamanya yang baharu bekerja, memiliki kediaman pertama mereka.
KSN mahu ketua jabatan pantau anak buah, elak kadar keberhutangan tinggi
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa melahirkan kebimbangan akan kadar keberhutangan yang tinggi dalam kalangan segelintir penjawat awam.
Ketua Jabatan perlu hentikan amalan beri amaran secara pentadbiran- Ali Hamsa
Amalan menghukum penjawat awam yang melakukan kesalahan tatatertib dengan hanya memberi amaran secara pentadbiran perlu dihentikan.
Boleh dibuang kerja jika penjawat awam terlibat Bersih - KSN
Penjawat awam diingatkan supaya tidak menyertai sebarang kumpulan atau perhimpunan yang tidak diluluskan di ibu negara Sabtu ini.
Najib arah siasatan segera kes seleweng dana kerajaan RM100 juta
Perdana Menteri telah mengarahkan supaya siasatan berhubung isu penyelewengan dana kerajaan berjumlah lebih RM100 juta di KBS.
Pengauditan forensik akan dijalankan ke atas Kementerian Belia dan Sukan
Proses pengauditan forensik akan dijalankan oleh Jabatan Audit Negara terhadap Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan agensi-agensi di bawahnya.
SPRM akan teruskan siasatan dengan telus, bebas - Mustafar Ali
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan meneruskan semua siasatan dengan bebas, telus dan profesional selepas dua pegawai kanannya dikekalkan di suruhanjaya itu.
Peluang kenaikan pangkat lebih baik bagi skim perkhidmatan tertutup - KSN
Wujud kekangan kenaikan pangkat bagi penjawat awam di dalam skim perkhidmatan tertutup kerana ia terhad kepada jawatan sedia ada.