PUTRAJAYA: Kini adalah masanya untuk menampilkan 'THE G.R.E.A.T CIVIL SERVICE' dalam perkhidmatan awam dengan kembali kepada asas nilai individu dan organisasi demi Malaysia yang lebih baik, kata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.
Pada majlis amanat bersama penjawat awam yang diadakan secara hibrid di sini hari ini, Mohd Zuki menghuraikan akronim G.R.E.A.T yang bermaksud good governance (tadbir urus terbaik), responsible (bertanggungjawab), empathy (ihsan), accountable (kebertanggungjawaban) dan tenacity of purpose (fokus pada matlamat).
Beliau berkata, sorotan media mengenai dapatan Laporan Ketua Audit Negara dan pencapaian Indeks Persepsi Rasuah (CPI) sering menjadikan penjawat awam sasaran kepada kritikan rakyat.
Beliau berkata, kejatuhan skor CPI pada 2022 yang merupakan tiga tahun penurunan berturut-turut memberikan tanggapan buruk kepada penjawat awam, justeru kerajaan perlu menerapkan mekanisme akauntabiliti yang telus seperti tadbir urus terbaik bagi mengelakkan salah guna kuasa berulang.
"Menjadi tanggungjawab kita semua untuk memastikan pencapaian CPI kembali ditingkatkan bagi memulihkan imej dan martabat negara," katanya.
Skor Malaysia dalam CPI 2022 turun satu peratus menjadikan CPI Malaysia 2022 ialah 47 peratus berbanding 48 peratus pada 2021.
Pada 2019, CPI Malaysia ialah 53 peratus tetapi menurun kepada 51 peratus pada 2020 dan turun lagi kepada 48 pada 2021.
Beliau berkata, kepimpinan bertanggungjawab (responsible) akan menghasilkan organisasi dan perkhidmatan yang bertanggungjawab dan antara ciri perkhidmatan itu ialah mempunyai 'Sense of Urgency' (sikap yang memerlukan tindakan segera).
"Mempunyai sense of urgency menjadikan kita melihat sesuatu perkara itu penting dan bersegera menyelesaikannya. Seseorang yang mengamalkan sikap itu tidak menunggu sesuatu terjadi baru bertindak. Kesegeraan bertindak mendorong kita untuk mengamalkan proaktif dalam menangani sesuatu perkara," katanya.
Sebagai contoh, Mohd Zuki berkata, kesungguhan dan kepantasan petugas barisan hadapan sewaktu menguruskan ribuan rakyat yang dijangkiti wabak COVID-19 dalam tempoh pandemik ialah senario terbaik penterjemahan sense of urgency kerana ia amat diperlukan.
"Kegagalan untuk mengamalkan kepantasan dalam setiap perkhidmatan yang disampaikan boleh menyebabkan kadar jangkitan meningkat dengan drastik dan kematian berlaku dalam jumlah yang tinggi dan akhirnya mungkin tidak dapat dibendung," katanya.
Mengenai empati, Mohd Zuki berkata, ia bermaksud meletakkan diri sendiri di tempat pelanggan atau sebagai penerima perkhidmatan.
Sebagai contoh, katanya, orang awam yang menjadi pelanggan mempunyai kehendak dan jangkaan yang tinggi terhadap perkhidmatan kaunter diberikan oleh jabatan kerajaan yang cepat dan tepat serta singkat masa menunggu.
"Mungkin kita boleh fikirkan usaha pendigitalan yang lebih meluas bagi perkhidmatan kaunter di semua agensi kerajaan. Kita perlu mengenal pasti jumlah pelanggan yang paling ramai menggunakan kaunter di agensi kerajaan dan tempoh menunggu merupakan satu indeks prestasi utama (KPI) yang perlu diletakkan," katanya.
Mohd Zuki berkata, kerajaan bertanggungjawab terhadap kemaslahatan rakyat dan kebertanggungjawaban harus digalas oleh penjawat awam yang telah diberikan amanah kerana amanah datang bersama tanggungjawab.
Beliau berkata, nilai akauntabiliti atau kebertanggungjawaban itu menggambarkan kesungguhan, komitmen dan kesetiaan perkhidmatan awam dalam melaksanakan komitmen dan janji seperti yang termaktub dalam Ikrar Perkhidmatan Awam bagi memacu kecemerlangan berkhidmat demi rakyat untuk negara.
Menyentuh mengenai Tenacity of Purpose (Fokus pada Matlamat), Mohd Zuki berkata, penjawat awam harus bersungguh-sungguh melaksanakan tugas dengan memusatkan fikiran bahawa kegagalan menyempurnakan tugas akan menyebabkan matlamat akhir juga akan gagal.
"Bukan sekadar memenuhi atau mencapai Sasaran Kerja Utama atau Key Performance Indicator yang ditetapkan. Daya tahan, daya juang yang utuh sama ada fizikal dan mental akan dapat mencapai matlamat yang diinginkan sekalipun berdepan dengan kesukaran," katanya. - BERNAMA
Bernama
Thu Feb 09 2023

Kini adalah masanya untuk menampilkan 'THE G.R.E.A.T CIVIL SERVICE' dalam perkhidmatan awam dengan kembali kepada asas nilai individu dan organisasi demi Malaysia yang lebih baik, kata Tan Sri Mohd Zuki Ali. - Gambar BERNAMA

Terbuka Perancis: Gauff tekad balas dendam bertemu Swiatek
Coco Gauff sedang berusaha untuk membalas dendam terhadap Iga Swiatek apabila mereka bertembung di suku akhir Terbuka Perancis.

Ruang sempit, jemaah terpaksa solat atas jalan
Bilangan penduduk semakin meningkat dengan jumlah rumah kediaman yang bertambah menyebabkan ruang sedia ada tidak mencukupi.

Legasi 20 tahun usahakan kebun jambu batu Louhan
Awalnya bermula dengan 100 anak pokok jambu batu yang dibawa balik dari Taiwan dan ditanam di Batu Pahat secara percubaan pada 2000.

Pemilik Newcastle ambil pegangan majoriti dalam empat kelab Saudi termasuk Al-Nassr
Kelab Al-Ittihad, Al-Ahli, Al-Nassr, Al-Hilal bertukar menjadi syarikat yang dimiliki PIF dan yayasan tidak berasaskan keuntungan.

Lambakan durian, peniaga mengeluh harga runtuh
Pengeluaran banyak tetapi permintaan kurang sekali gus menyebabkan ada peniaga bertindak 'buang harga'.

Isu kejatuhan ringgit antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Isu dakwaan Pulau Pinang milik Kedah, serta kesan kejatuhan ringgit dijangka jadi tumpuan pada persidangan sidang Dewan Rakyat hari ini.

10 'warlord' UMNO sertai PN diumum sebelum PRN
Kata Razali, mereka yang terlibat adalah nama besar yang telah disisihkan UMNO.

Nahas kereta api: India mulakan siasatan rasmi
Siasatan awal menunjukkan kegagalan isyarat berkemungkinan menjadi punca pelanggaran yang mengorbankan 275 orang.

Pakistan halang liputan media terhadap Imran Khan
Pengawal selia media Pakistan mengeluarkan arahan untuk mengelakkan tercetusnya rusuhan.

Teo Nie Ching bakal hadiri ATxSG di Singapura
Teo kini berada di Singapura dalam rangka lawatan tiga hari bermula Isnin, diiringi pegawai-pegawai dari SKMM dan JPDP.

Penjawat awam perlu terap G.R.E.A.T dalam perkhidmatan
G.R.E.A.T yang bermaksud good governance, responsible, empathy, accountable dan tenacity of purpose.

Anak Malaysia pemenang siri terbaharu The Great British Bake Off
Syabira digambarkan sebagai seorang pembuat kek yang unik dengan memberi rasa Malaysia kepada masakan klasik British.

Pertunjukan akrobatik, sarkas bakal jadi acara kalendar pelancongan Melaka 2023
Great British Circus dilihat mampu menarik lebih 30,000 pengunjung sepanjang pertunjukan bermula 15 Okt hingga 13 Nov ini.

Masjid mesra alam Perancis yang pertama: Masjid Besar Massy
Dikenali sebagai masjid mesra alam yang pertama di Perancis, Masjid Besar Massy satu yang unik daripada segi penjimatan tenaga dan penggunaan sumber semula jadi secara cekap.

Terumbu karang Great Barrier Reef semakin luntur
Walaupun ia boleh kalis luntur dalam suhu air sejuk dalam masa terdekat, beberapa terumbu karang telah pun kelihatan mati.

Graduan tidak perlu daftar di [email protected] untuk cari pekerjaan - KPT
Maklumat sedia ada dalam Sistem Kajian Pengesanan Graduan (SKPG) akan dipadankan secara automatik dengan kekosongan jawatan yang ditawarkan.

Sotong kurita jarang ditemui dilihat di Australia
Penemuan itu disifatkan paling jarang berlaku dan dipercayai hanya tiga penemuan pernah dilakukan sebelum ini.

Terumbu karang di perairan negara masih dalam keadaan terkawal - Pakar Penyelidik
Dr Tan Chun Hong berkata perubahan iklim dunia serta kesan antropogenik memberi impak besar kepada alam sekitar.

Tokyo 2020: Azizulhasni di antara 'sabotaj' Glaetzer dan perjudian Kenny
Kini masanya untuk melihat realiti tanpa pengaruh sentimen dan rasa simpati mengenai perlumbaan akhir berkenaan.

Tokyo 2020: Jurulatih berbasikal trek negara rimas diintai dua pencabar utama
Antaranya, tindakan pegawai pasukan Great Britain dan Australia yang kerap meninjau persiapan Malaysia di Velodrom Izu.