PUTRAJAYA: Lebih 20,000 penjawat awam Sabah akan menerima bonus Aidilfitri dan Pesta Kaamatan sebanyak RM700 yang akan dibayar pada 17 April ini, umum Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor.
Bercakap pada sidang media selepas menghadiri majlis berbuka puasa Ketua Menteri Sabah bersama mahasiswa dan mahasiswi institusi pengajian tinggi di Semenanjung di sini malam ini, beliau berkata sebanyak RM350 pula akan disalurkan kepada pesara kerajaan untuk tujuan sama.
"Kerajaan negeri (Sabah) seperti juga Kerajaan Persekutuan, sempena menyambut Aidilfitri dan Pesta Kaamatan, kita akan memberi bonus atau bantuan kepada penjawat awam negeri Sabah sebanyak RM700 manakala pesara RM350 yang akan dibayar minggu depan. Saya ingat 17 April ini," katanya.
Dalam perkembangan lain, Hajiji yang juga Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) bersedia menerima penyertaan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO yang dipecat hari ini.
"Saya tidak boleh komen kerana ia membabitkan urusan parti UMNO...kalau mereka mohon untuk masuk PGRS, insya-Allah kita akan terima. Di Sabah banyak parti politik, jadi terpulang kepada mereka untuk memilih," katanya.
Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin hari ini dilapor mengumumkan pemecatan tiga ADUN UMNO yang menyokong pimpinan Hajiji semasa berlaku kemelut politik di Sabah Januari lepas.
Tiga ADUN terbabit ialah Datuk James Ratib (Sugut), Datuk Mohd Arsad Bistari (Tempasuk) dan Datuk Jasnih Daya (Pantai Dalit).
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 10 2023
Berita baik untuk penjawat awam dan pesara kerajaan di Negeri Di Bawah Bayu. - Gambar hiasan
Olimpik Paris 2024: Atlet Gaza tersepit antara impian dan serangan Israel
Serangan Israel juga telah menyebabkan kematian pemain terkemuka di Gaza, termasuk juara kejohanan.
AWANI Pagi: Tutup Haji 2024, menanti lambaian 2025
Ikuti diskusi Awani PAGI pada Sabtu bersama Ketua Rombongan Haji 1445h/2024M, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman bagi membincangkan mengenai operasi haji 2024 yang ditutup secara rasmi minggu ini, sekali gus menantikan lambaian Kaabah untuk tetamu Allah pada tahun 2025.
Bordeaux fail muflis
Ditubuhkan pada 1881, FC Girondins de Bordeaux ialah salah satu kelab bola sepak paling terkenal di Perancis.
Medan selera Taman Lembah Keramat terbakar
Kebakaran melibatkan bangunan kelas A yang dianggarkan musnah 80 peratus.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [27 Julai 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Azib Zikry
- Mahkamah: kes bunuh Nur Farah Kartini dan Zayn Rayyan
- Lapan kawasan rekod cuaca panas berjaga-jaga
- Sukan Olimpik Paris 2024 secara rasmi membuka tirai
- Mahkamah: kes bunuh Nur Farah Kartini dan Zayn Rayyan
- Lapan kawasan rekod cuaca panas berjaga-jaga
- Sukan Olimpik Paris 2024 secara rasmi membuka tirai
Pemimpin Hamas meninggal dunia dalam tahanan Israel
Mustafa Muhammad Abu Ara meninggal dunia selepas dipindahkan dari penjara di selatan Israel ke hospital.
Lelaki buta mata selepas tampar lalat hinggap di muka
Wu dari Shenzen dilaporkan buta mata kiri selepas terkena jangkitan kuman dipercayai dibawa lalat itu.
[KOLUMNIS] PRK Nenggiri: Petunjuk persepsi atau prestasi?
Kali ini pada bulan Ogos 2024, ia adalah giliran Kelantan iaitu negeri yang masyhur dengan sejarah pemerintahan Paduka Seri Maharaja Puteri Cik Siti Wan Kembang.
Olimpik Paris 2024: Judoka Iraq atlet pertama gagal ujian doping
Judoka Iraq Sajjad Sehen menjadi atlet pertama yang gagal dalam ujian doping di Sukan Olimpik Paris.
Perubahan iklim punca banjir buruk di Filipina
Sekurang-kurangnya 14 orang terkorban, sementara lebih 600,000 yang lain hilang tempat tinggal akibat Taufan Gaemi.
Pertikaian politik: Guna nama penjawat awam boleh jatuhkan reputasi perkhidmatan - Cuepacs
Tindakan sesetengah ahli politik yang sesuka hati menggunakan nama penjawat awam dalam pertikaian politik adalah sangat tidak bertanggungjawab kerana boleh menjatuhkan reputasi perkhidmatan awam.
Terima rasuah: Dua penjawat awam direman enam hari
Dua penjawat awam direman selama enam hari bagi membantu siasatan kes menerima rasuah sebanyak RM10,000.
KUPEKMAS harap kerajaan pertimbang kenaikan elaun pesara
KUPEKMAS yang memiliki lebih 30,000 ahli berharap agar ada berita gembira untuk golongan pesara dalam perincian pelarasan gaji penjawat awam yang akan diumumkan kerajaan nanti.
Wan Ahmad Fayhsal digantung enam bulan daripada hadir sidang Dewan Rakyat
Seramai 110 Ahli Parlimen bersetuju, manakala 63 tidak bersetuju dengan usul berkenaan.
Keluarga belum putuskan lokasi pengebumian jenazah Nur Farah Kartini
Abang mangsa, Mohd Farriza Azmi Abdullah berkata, perkara itu akan diputuskan oleh ibu mereka yang dijangka tiba dari Miri malam ini.
SSPA diumum dalam masa terdekat, antara terbaik pernah dilaksana - PM
Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang bakal diumum dalam masa terdekat adalah antara yang terbaik pernah dilaksanakan oleh kerajaan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dasar Peluang Kedua: Penjawat awam bankrap diseru perbaiki kesihatan kewangan
Peluang keemasan buat penjawat awam yang mempunyai masalah keberhutangan yang tinggi untuk menyusun semula kewangan dan meningkatkan mutu hidup.
[KOLUMNIS] Rasuah, memilih antara akibat dan manfaat
Pembabitan penjawat awam dalam jenayah rasuah telah memburukkan imej perkhidmatan kerajaan, merencatkan prestasi penyampaian, menjejaskan keselamatan awam dan menyebabkan ketirisan hasil negara.
[KOLUMNIS] Kajian SSPA beri suntikan ‘tonik’ lonjak perkhidmatan awam
Dengan kenaikan kos sara hidup yang kian mencabar, apatah lagi tinggal di bandar, pastinya jumlah RM1,216 sebulan itu tidak mencukupi.
Lelaki ditahan langgar MPV polis
Seorang lelaki ditahan selepas melanggar kereta peronda polis (MPV) di Jalan Sungai Tuang, Kuala Sungai Baru, semalam.