awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penjelasan DESA Group mengenai hantaran media sosial mengelirukan berkenaan ayam sejuk beku yang dirampas

Kenyataan Media
Kenyataan Media
28/03/2025
10:20 MYT
Penjelasan DESA Group mengenai hantaran media sosial mengelirukan berkenaan ayam sejuk beku yang dirampas
DESA Group tetap komited dalam mengekalkan piawaian keselamatan dan kualiti makanan yang tertinggi. Kami akan terus berusaha memberikan perkhimatan makanan yang "Segar, Bersih dan Halal" kepada pengguna.
DESA Group ingin memberikan penjelasan berhubung satu posting di Facebook oleh Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam PDRM pada 23 Mac 2025, yang berkaitan dengan rampasan ayam sejuk beku "tanpa dokumentasi yang sah". Posting tersebut secara cuai menyertakan imej produk DESA, yang turut turut dikongsikan semula oleh Sabah Sin Chew Daily dan INFO X.
Kami ingin menjelaskan bahawa ayam produk ayam DESA tidak terlibat dalam rampasan ayam sejuk beku yang dilaporkan dan hanya menggunakan perkhidmatan transporter luar untuk penghantaran produk ayam kami ke Pantai Timur. Penyertaan imij produk DESA dalam posting tersebut tanpa konteks yang jelas adalah mengelirukan dan memberi gambaran salah terhadap jenama DESA.
Sebagai sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) Sabah, DESA Group ialah pengeluar ayam tempatan yang berintegrasi sepenuhnya, memiliki ladang ternakan ayam dan kemudahan kilang pemprosesan sendiri, yang telah diakreditasi dengan MyGAP Veterinary Health Mark (VHM), dan pensijilan Halal. Selain itu, DESA Group tidak terlibat dalan pengedalian atau pengurusan daging ayam import.
Susulan permintaan kami, pihak-pihak yang terlibat telah memperbetulkan posting media sosial mereka. Namun tindakan asal mereka telah menyebabkan kekeliruan dan kebimbangan di kalangan pelanggan setia kami. Kami amat kesal atas sebarang keresahan yang mungkin timbul akibat insiden ini.
DESA Group tetap komited dalam mengekalkan piawaian keselamatan dan kualiti makanan yang tertinggi. Kami akan terus berusaha memberikan perkhimatan makanan yang "Segar, Bersih dan Halal" kepada pengguna.
Kami amat menghargai sokongan serta kepercayaan yang berterusan daripada pelanggan setia kami.
Topic Berkaitan
#DESA Group
#PGA
#ayam sejuk beku
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan