KUALA LUMPUR: Masyarakat perlu berhemah dalam menggunakan elektrik dengan sentiasa memantau penggunaan tenaga di rumah serta memilih peralatan elektrik cekap tenaga dalam situasi kos penjanaan elektrik yang kian meningkat, menurut pakar.
Pensyarah Kanan Pengajian Kejuruteraan Elektrik Universiti Teknologi MARA (UiTM) Dr Nik Hakimi Nik Ali berkata melalui pendekatan itu pengguna boleh menjimatkan bil elektrik serta dapat mengelak dikenakan caj Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu (KWTBB) oleh syarikat pembekal elektrik.
"Kalau kita menggunakan kurang daripada 300 Kilowatt per jam (Kwh) untuk sebulan, kita tidak dikenakan caj KWTBB, syarikat pembekal elektrik akan kenakan caj kepada pengguna yang menggunakan 300 Kwh ke atas dan duit itu disalurkan kepada Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia," katanya kepada Bernama.
Nik Hakimi juga menyarankan kepada masyarakat agar menggunakan peralatan elektrik yang mempunyai kecekapan tenaga bertaraf lima bintang.
"Sebagai contoh barangan yang memerlukan banyak tenaga seperti peti sejuk, televisyen, mesin basuh dan pendingin hawa, walaupun harganya lebih mahal tetapi ia dapat menjimatkan bil elektrik kita setiap bulan.
"Dalam masa sama, pengguna juga boleh menukarkan lampu kalimantang kepada lampu diod pemancar cahaya (LED).
"Kalau satu rumah kita menggunakan lampu tersebut ia akan memberi impak terhadap penggunaan bil bulanan," katanya.
Timbalan Dekan Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaya (UM) Profesor Hazlie Mokhlis pula menyarankan para pengguna mengoptimumkan penggunaan peralatan elektrik di rumah agar penggunaannya lebih cekap tenaga.
"Kalau di rumah kita guna kipas, perlu sentiasa membersihkan (kipas) agar kita dapat nikmati penggunaan maksimum manakala bagi penggunaan mesin basuh pula, kita perlu menggunakan secara optimum dan kalau kita hendak gosok baju (seterika), kumpul baju dulu kemudian gosok semua sekali sebab apabila kita buka/tutup suis, ia melibatkan banyak tenaga," katanya.
Beliau menyarankan orang ramai sentiasa melakukan audit tenaga di rumah agar dapat melihat sendiri trend penggunaan harian dan bulanan menerusi aplikasi MyTNB yang dibangunkan oleh syarikat pembekal elektrik negara itu.
"Masyarakat juga boleh pantau bil elektrik ini menerusi aplikasi MyTNB dan melihat sendiri pola tenaga elektrik setiap bulan supaya dari situ pengguna tahu bagaimana untuk menjimatkan penggunaan elektrik dalam rumah," katanya.
Semalam, media melaporkan peningkatan harga bahan api fosil terdiri daripada arang batu, minyak dan gas asli dijangka mempengaruhi kenaikan kadar tarif elektrik sekali gus memberi kesan kepada Malaysia dan negara-negara di seluruh dunia.
BACA: Kenaikan tarif elektrik tidak dapat dielak, pertimbangkan subsidi bersasar - Ahli ekonomi
Penganalisis Ekonomi Putra Business School Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff berkata kadar tarif akan lebih tinggi untuk isi rumah memandangkan Tenaga Nasional Bhd (TNB) kini menghadapi kos pengeluaran tenaga yang tinggi berikutan kenaikan harga gas dan arang batu.
Pada akhir tahun lepas, harga arang batu melonjak kepada AS$200 (RM846) setan, meningkat daripada sekitar AS$50 setan pada pertengahan 2020; menjelang akhir Mei 2022, harga arang batu meningkat kepada AS$434 satu tan dengan arang batu menyumbang 59 peratus daripada sumber utama penjanaan elektrik Malaysia.
"TNB perlu memastikan perniagaan itu mampan (sebagai entiti korporat) tetapi saya berharap akan ada beberapa bentuk subsidi disasarkan untuk kumpulan bawah 40 (B40) berhubung tarif elektrik," kata Ahmed Razman.
Justeru, beliau mencadangkan supaya kerajaan campur tangan dan memberikan subsidi untuk TNB dalam jangka pendek bagi memastikan pelanggan akhir tidak terbeban.
Menurutnya, TNB juga perlu mempelbagaikan sumber perolehan gas dan arang batu dan bagi tempoh jangka panjang, memberi tumpuan kepada sumber tenaga boleh diperbaharui seperti solar, hidro dan biofuel.
TNB Fuel Services Sdn Bhd memperoleh arang batu dari Indonesia, Australia, Afrika Selatan dan Rusia tetapi Indonesia menyumbang kira-kira 65 peratus daripada keperluan arang batu TNB.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 23 2022

Masyarakat perlu berhemah dalam menggunakan elektrik dengan sentiasa memantau penggunaan tenaga di rumah serta memilih peralatan elektrik cekap tenaga dalam situasi kos penjanaan elektrik yang kian meningkat. -Gambar hiasan

SPRM | YDP pertubuhan kebajikan direman, salah guna kuasa
Seorang Yang Di-Pertua (YDP) sebuah pertubuhan kebajikan di Terengganu direman selama lima hari bagi membantu siasatan berhubung penyalahgunaan kuasa. Turut direman pengarah urusan sebuah syarikat usahasama yang mempunyai kepentingan ke atas syarikat tersebut.

Kes Dadah | 70 peratus kes di mahkamah libatkan dadah
Lebih 70 peratus kes jenayah yang dikendalikan di mahkamah Kelantan adalah berkaitan dadah. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang Undang) Datuk Mas Emiryati Samsuddin berkata, angka itu membimbangkan serta menggambarkan keseriusan masalah dadah di negeri ini itu.

Majlis Raja-Raja | Agong hadiri hari kedua mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-259
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berangkat menghadiri hari kedua Mesyuarat Majlis Raja-raja ke-259 di Istana Negara.

Berita palsu mungkin antara punca bekalan minyak masak kurang - Annuar
Annuar menegaskan terdapat beberapa faktor dikenal pasti menjadi punca kepada kurangnya bekalan minyak masak di pasaran terutamanya jenis peket baru-baru ini.

AWANI Ringkas: Majlis Raja-raja bersidang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![[TERKINI] Sidang media Pasukan Jihad Tangani Inflasi [TERKINI] Sidang media Pasukan Jihad Tangani Inflasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1975973/thumbnails/30178457201656570847772_640x360.jpg)
[TERKINI] Sidang media Pasukan Jihad Tangani Inflasi
Ikuti sidang media Pengerusi Pasukan Jihad Tangani Inflasi, Tan Sri Annuar Musa.

Harga Siling | Impak secara langsung kepada semua pihak
Pengerusi Persatuan Penternak Selangor, Idrus Zainal Abidin mengulas keputusan Kabinet pada Rabu yang tidak mengapungkan harga ayam dan meneruskan subsidi serta menetapkan harga siling runcit ayam standard pada RM9.40 sekilogram bagi Semenanjung Malaysia. Selain itu juga, Kabinet turut bersetuju menetapkan harga siling runcit telur ayam bagi gred A pada 45 sen/biji; gred B (43 sen/biji) dan gred C (41 sen/biji) di Semenanjung Malaysia.

Tiada masalah wujud beberapa pasukan tangani isu harga barang, inflasi - Annuar
Tidak timbul masalah apabila ada beberapa jawatankuasa membincangkan soal sara hidup dan inflasi di Malaysia.

Tanpa unsur khurafat, filem Mat Kilau boleh jadi rujukan generasi akan datang - Cucu
Pewaris pahlawan Mat Kilau, memuji penerbit dan pengarahan filem Mat Kilau kerana kesannya yang membangkitkan semula semangat Melayu-Islam Beraja.

250 pegawai, anggota APM Melaka sedia digerakkan hadapi bencana
APM Melaka juga mengenal pasti hampir 100 kawasan yang berisiko di Melaka Tengah, Alor Gajah dan Jasin.

Penjimatan elektrik: Berhemah, guna alat cekap tenaga - Pakar
Masyarakat perlu berhemah dalam menggunakan elektrik dengan sentiasa memantau penggunaan tenaga di rumah.