KANGAR: Seorang penjual ketam direman tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes penghinaan ke atas Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail melalui laman sosial Facebook.
Ketua Polis Daerah Kangar ACP Yusharifuddin Mohd Yusop berkata perintah reman terhadap lelaki berusia 41 tahun itu dikeluarkan Majistret Ana Rozana Mohd Nor daripada Mahkamah Majistret Kangar.
Yusharifuddin berkata tangkapan terhadap lelaki itu dilakukan pasukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) D9 Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis di Taman Akasia 2, Changlun, Kedah pada pukul 1.30 pagi tadi selepas menerima laporan polis daripada seorang lelaki berusia 37 tahun semalam.
"Pengadu telah melayari Facebook dan telah melihat satu posting mengenai penghinaan ke atas Raja Perlis menggunakan akaun Facebook. Kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sementara itu, beliau berkata polis juga menerima laporan berhubung perbuatan khianat iaitu kejadian menyimbah cat berwarna merah terhadap sepanduk tertera gambar Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail Selasa lepas.
"Untuk kes simbah cat ini akan disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 07 2024
Tangkapan terhadap lelaki itu dilakukan pasukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) D9 IPK Perlis di Taman Akasia 2, Changlun, Kedah pada pukul 1.30 pagi tadi. - Gambar hiasan
KEDA berhasrat tanam padi wangi, padi huma tahun ini
Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) berhasrat membangunkan tanaman padi wangi dan padi huma di beberapa kawasan pertanian dalam wilayahnya, tahun ini.
Mesyuarat perundingan Enam Pihak Arab bincangkan perkembangan di Gaza
Mesyuarat perundingan Jawatankuasa Enam Pihak Arab itu membincangkan perkembangan serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza.
Chegubard didakwa di Mahkamah Sesyen KL esok - Peguam
Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Chegubard akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok atas pertuduhan memfitnah dan menghasut.
Pulau Pinang, kerajaan pusat bekerjasama tarik pelaburan semikonduktor
Kerajaan Pulau Pinang akan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk meneruskan usaha menarik pelaburan dalam sektor semikonduktor, termasuk segmen reka bentuk litar bersepadu (IC) di negeri itu.
Rakyat Malaysia di Jordan jadi duta produk PMKS negara
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick menyarankan rakyat Malaysia yang menetap di Jordan supaya memainkan peranan sebagai “duta” untuk mempromosikan produk perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS) SERTA koperasi negara.
Mohamed Khaled tiba di Indonesia, dijadual bertemu Prabowo
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin tiba di Jakarta hari ini untuk lawatan kerja rasmi sulung beliau ke Indonesia sejak memegang jawatan itu.
SPRM mohon maklumat dari Jerman
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memohon maklumat terkini daripada pihak berkuasa Jerman mengenai dana bon 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dipercayai digunakan untuk membeli kereta mewah di negara itu pada 26 Okt 2022.
SPRM siasat pemimpin kanan di utara tanah air
Seorang pemimpin kanan di utara tanah air disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki melantik beberapa syarikat yang mempunyai kepentingan dengannya membabitkan beberapa projek pembekalan melibatkan peruntukan kira-kira RM300,000.
Kembangkan kandungan tempatan melalui AI
Menurut Setiausaha Agung Organisasi Kerjasama Digital (DCO) Deemah Al Yahya, terdapat 2.7 peratus daripada penduduk dunia tidak berhubung malah tidak mempunyai sambungan asas internet. Beliau turut berkata infrastruktur pengkomputeran setiap negara perlu mempunyai kemampuan untuk mengembangkan kandungan tempatan khususnya yang melibatkan penggunaan AI.
AI tidak dapat ganti guru
Menteri Pendidikan Rwanda, Gaspard Twagirayezu berkata kepesatan teknologi AI dalam pendidikan tidak dapat menggantikan guru malah membantu guru dalam menyediakan bahan pengajaran yang bermanfaat kepada pelajar.
Hina Raja Perlis, peniaga dihadap ke mahkamah
Seorang peniaga dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini hari ini atas kesalahan menghantar perkhidmatan komunikasi jelik mengenai Raja Perlis di laman Facebook pada Mac lalu.
Penjual ketam direman tiga hari bantu siasatan kes hina Raja Perlis
Perintah reman terhadap lelaki berusia 41 tahun itu dikeluarkan Majistret Ana Rozana Mohd Nor daripada Mahkamah Majistret Kangar.
Hina Raja Perlis dan mufti: Bekas exco buat laporan polis
Ahmad Bakri membuat laporan itu bersama dua rakannya pada 3.17 petang di Balai Polis Kangar.