awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Universiti di Ireland digesa perkenal semula ujian lisan tangani salah guna AI
Polis Jepun bangunkan sistem AI lakar wajah suspek
[KOLUMNIS] 2026: Cabaran dan agenda perkhidmatan awam negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penjualan kit ujian COVID-19 di Singapura laris, melonjak 50 peratus

Astro Awani
Astro Awani
13/12/2023
23:20 MYT
Penjualan kit ujian COVID-19 di Singapura laris, melonjak 50 peratus
Penjualan pelitup muka dan kit ART meningkat sebanyak 50 peratus sejak dua minggu lalu. - Foto fail
SINGAPURA: Kementerian Kesihatan Singapura mengesahkan peruncit dan farmasi di republik itu mempunyai bekalan kit Ujian Rapid Antigen (ART) COVID-19 yang mencukupi.
Pengumuman itu dibuat di tengah-tengah peningkatan jumlah kes koronavirus di negara itu.
Menurut kementerian, pihaknya menyedari peningkatan permintaan untuk kit ART.
Kata Kementerian, semakan pihaknya menunjukkan peruncit dan farmasi mempunyai bekalan yang mencukupi dan sedang mengisi semula stok di premis mereka.
Malah, tempahan tambahan juga sedang dilakukan untuk memenuhi permintaan.
Kementerian itu memaklumkan pihaknya juga menyimpan bekalan kit ART dan akan menggagihkannya untuk menyokong para peruncit jika perlu.
Sementara itu, jurucakap peruncit kesihatan dan kecantikan Guardian memberitahu penjualan pelitup muka dan kit ART meningkat sebanyak 50 peratus sejak dua minggu lalu.
Kata Guardian, terdapat juga "peningkatan ketara" dalam permintaan untuk ubat selesema.
Jurucakap sebuah pasar raya di Singapura pula memaklumkan terdapat lonjakan ketara dalam permintaan, dengan penjualan pelitup muka dan ubat selesema meningkat sebanyak 50 peratus sejak beberapa minggu kebelakangan ini.
Tambahnya, jualan kit ART juga meningkat lebih daripada 20 peratus.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#kit ART
#bekalan
#koronavirus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan