awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Belanja RM25,000 hiasi rumah, salji buatan untuk kongsi kegembiraan sambut Krismas
AS haramkan import dron, komponen buatan luar negara
Kecemerlangan Tang Jie-Ee Wei rangkul gelaran dunia warnai kalendar sukan negara 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penoreh getah didenda RM5,000 miliki gambar dan video lucah

Bernama
Bernama
25/10/2019
07:25 MYT
Penoreh getah didenda RM5,000 miliki gambar dan video lucah
Tindakan seorang penoreh getah yang memiliki gambar dan video lucah membawa padah apabila dia didenda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini. - Gambar hiasan
Tindakan seorang penoreh getah yang memiliki gambar dan video lucah membawa padah apabila dia didenda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.
Hakim Mazelan Jamaludin menjatuhkan hukuman itu ke atas Ruziman Kamaruzaman, 27, selepas dia mengaku bersalah atas perbuatannya.
Mahkamah turut memerintahkan lelaki itu dipenjara 10 bulan jika gagal membayar denda.
Mengikut pertuduhan, Ruziman didakwa memiliki sembilan keping gambar lucah dan satu video lucah yang disimpan di dalam telefon bimbitnya di hadapan premis membeli getah beku di Kampung Ulu Atok Sega, di sini, pada 11.45 pagi, 5 Sept 2018.
Dia didakwa mengikut Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 292 kanun yang sama memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya.
Ketika rayuan, lelaki itu yang tidak diwakili peguam memberitahu mahkamah dia memperoleh bahan lucah itu dari aplikasi Telegram di telefon bimbitnya dan memohon dijatuhi hukuman paling minima kerana dia tiada pendapatan tetap.
Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM), Nazrul Nizam Mohd Zameri bagaimanapun memohon mahkamah menjatuhi hukuman denda setimpal kepada tertuduh.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#gambar lucah
#Pahang
#penoreh getah
#Raub
#video lucah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan