awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerjasama digital Malaysia-India mudahkan urusan rentas sempadan - PM Anwar
Malaysia-India berpotensi jadi suara dialog serantau - PM Anwar
Sekurang-kurangnya 20 kanak-kanak Sudan maut pada Januari - UNICEF
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penstrukturan semula tangga gaji guru KEMAS masih dalam perbincangan - Rubiah Wang

Bernama
Bernama
11/06/2023
13:33 MYT
Penstrukturan semula tangga gaji guru KEMAS masih dalam perbincangan - Rubiah Wang
Rubiah Wang berkata tahun ini KKDW hanya mengumumkan peningkatan elaun bulanan untuk sukarelawan KEMAS dari RM500 kepada RM800. - Gambar fail/Bernama
KOTA SAMARAHAN: Penstrukturan semula skim tangga gaji tenaga pengajar di Taman Bimbingan Kanak-kanak (Tabika) Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) masih dalam proses perbincangan di peringkat Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).
Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Rubiah Wang berkata tahun ini KKDW hanya mengumumkan peningkatan elaun bulanan untuk sukarelawan KEMAS dari RM500 kepada RM800.
"Setakat ini (penstrukturan semula skim tangga gaji itu) masih dalam perbincangan lagi," katanya selepas merasmikan program Wanita Inspirasiku (WINS) Peringkat KEMAS Negeri Sarawak di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas cadangan kementerian itu sebelum ini untuk menstruktur semula skim gaji 10,174 tenaga pengajar Tabika KEMAS supaya selaras dengan kelulusan dan pengalaman mereka.
Menurutnya dari sudut pengambilan pendidik baharu di KEMAS pula, pihaknya masih menjalankan pengambilan berdasarkan kepada keperluan dan kelayakan.
"Kita sejak 2016 sehingga sekarang membuat pengambilan berdasarkan kelayakan sekurang-kurangnya (berkelulusan) Diploma," tambahnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#TABIKA
#Kemas
#guru
#KKDW
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan