awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Indonesia terus perkukuh sokongan kepada Gaza menerusi saluran diplomatik
Mohamad Hasan lakukan lawatan kerja ke AS bagi Mesyuarat Mineral Kritikal
Perpaduan bukan tentang setuju semua perkara, tetapi kewarasan sebelum emosi - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pensyarah kanan IPTA mengaku tidak bersalah kemuka tuntutan palsu

Bernama
Bernama
12/07/2024
08:41 MYT
Pensyarah kanan IPTA mengaku tidak bersalah kemuka tuntutan palsu
Abd Aziz dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuantan hari ini. - Gambar/ Bernama
KUANTAN: Seorang pensyarah kanan sebuah institut pengajian tinggi awam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan membuat tuntutan palsu berjumlah RM22,866.20, empat tahun lepas.
Pensyarah Fakulti Sains dan Teknologi Industri Abd Aziz Mohd Azoddein, 57, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd Sabri Ismail.
Mengikut ketiga-tiga pertuduhan, dia didakwa mengemukakan penyataan palsu pembelian bekalan untuk penyelidikan dan bayaran penginapan bagi sebuah program atas nama Gomogi Consulting serta membuat perakuan penerimaan bahan untuk kegunaan program atas nama Greentel Solution Enterprise.
Kesalahan itu didakwa dilakukan pada 15 Dis 2020 dan 15 Dis 2021 di Jabatan Bendahari universiti berkenaan mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(2) akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana lebih tinggi.
Timbalan Pendakwa Raya Mohammad Asyraf Mohammed Tahir menawarkan ikat jamin RM50,000 bagi semua pertuduhan dengan seorang penjamin serta syarat tambahan menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melaporkan diri di pejabat SPRM sebulan sekali.
Peguam Muhammad Amirull Afiqq Muhammad Lokman merayu jaminan minimum dikenakan terhadap anak guamnya memandangkan tertuduh menanggung dua anak masih belajar, seorang abang kandung yang lumpuh serta anak saudara yang merupakan ibu tunggal.
Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin serta membenarkan syarat tambahan dipohon pendakwaan dan menetapkan 27 Ogos untuk sebutan semula kes.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pensyarah IPTA
#tuntutan palsu
#kes mahkamah
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan