awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Anggota APM Bagan Datuk parah kenderaan terbabas elak anjing
Salji lebat di seluruh Jepun, 35 orang maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pensyarah rugi setengah juta jadi mangsa 'scammer', sedar selepas ditegur suami

Aida Aziz
Aida Aziz
14/08/2023
10:19 MYT
Pensyarah rugi setengah juta jadi mangsa 'scammer', sedar selepas ditegur suami
Mangsa terdahulu menerima panggilan telefon daripada suspek yang memperkenalkan diri daripada sebuah syarikat kurier. - Gambar hiasan
TANJUNG MALIM: Seorang pensyarah wanita berusia 38 tahun mengalami kerugian RM537,659 setelah terperdaya dengan penipuan melalui panggilan telefon pihak menyamar wakil syarikat kurier dan polis.
Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Mohd Hasni Mohd Nasir berkata, Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Polis Daerah Muallim menerima laporan kejadian itu Sabtu lalu.
Katanya, siasatan mendapati pada 3 Ogos lalu, mangsa menerima panggilan telefon daripada suspek yang memperkenalkan diri daripada sebuah syarikat kurier.
"Suspek mendakwa mangsa mempunyai dua bungkusan di pejabat kurier itu yang mengandungi lima kad pengenalan, lima pasport serta lima kad ATM milik orang lain.
"Setelah itu panggilan telefon kononnya disambung ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak dan Bukit Aman. Kemudian suspek yang menyamar sebagai pegawai polis itu mengatakan mangsa terbabit dengan sindiket pengubahan wang haram dan pemerdagangan manusia.
"Malah suspek memberitahu waran tangkap juga telah dikeluarkan terhadap mangsa. Mangsa kemudiannya diarahkan untuk membuat pindahan wang bagi tujuan semakan sama ada terlibat atau tidak dalam kes tersebut," katanya kepada pemberita pada Isnin.
Tambah Mohd Hasni, sepanjang tempoh 3 hingga 12 Ogos, mangsa telah melakukan transaksi pindahan wang sebanyak 25 kali ke 16 pemilik akaun yang berlainan.
Katanya, mangsa hanya menyedari telah diperdaya setelah ditegur oleh suaminya berikutan perubahan sikap yang kerap memegang telefon bimbit dan ingin meminjam wang suami untuk membuat bayaran kepada individu tersebut.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu yang membawa hukuman penjara selama 10 tahun dan sebatan," katanya lagi.
Sehubungan itu beliau menasihatkan orang ramai untuk sentiasa berwaspada dan berhati-hati supaya tidak menjadi mangsa penipuan sindiket penipuan.
Orang ramai boleh membuat semakan dengan balai polis terdekat atau menerusi http:/semakmule.rmp.gov.my selain CCID Infoline 013-2111222, CCID Response Centre 03-26101559/03-26101599 dan Facebook CyberCrimeAlertRMP.
Topic Berkaitan
#scammer
#pensyarah jadi mangsa
#sindiket penipuan
#Tanjung Malim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan